Penyertaan Volunteer "Di Sebalik Pintu 3.0 – Selangor"

pendaftaran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.
Hi Volunteer !
MVM akan menganjurkan program “Di Sebalik Pintu” iaitu program yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.
===========================
MAKLUMAT PROGRAM
===========================
Berikut merupakan maklumat mengenai program  :
Nama Program : Di Sebalik Pintu – Selangor
Tempat : Taman Puchong Utama
Tarikh : 30.4.2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Yuran penyertaan : Tiada yuran Penyertaan

===========================
TUGASAN VOLUNTEER
===========================

Berikut merupakan senarai tugasan dan deskripsi ringkas tugasan yang ada bagi program “Di Sebalik Pintu 3.0 : Selangor”.
1 ) Dekorasi
– Bertanggungjawab didalam menghias kawasan dalaman rumah
Kelayakan tambahan : Mahir ataupun belajar didalam jurusan “Interior design”
2) Gotong-Royong
– Bertanggungjawab didalam mengemas dan melakukan kerja-kerja berat yang menggunakan tenaga.
Keutamaan : Lelaki
3) Teknikal
– Bertanggunjawab didalam membaik pulih barang-barang elektrikal dan memasang perabot.
Kelayakan tambahan : Mahir didalam kerja-kerja pertukangan & mempunyai pengetahuan/belajar didalam jurusan “mekanikal” atau “elektrikal”
4) “Food & Beverages”
–  Bertanggungjawab didalam menyediakan makanan dan minuman kepada volunteer sepanjang program.
5) “Photographer”
– Mengambil foto perjalanan program
*Kamera tidak disediakan
6) “VideoGrapher”
– Merakam perjalanan program
*Kamera tidak disediakan
*Editing akan dilakukan oleh pihak MVM
7) Laundry
– Bertanggunjawab untuk membersih dan mengemas pakaian keluarga yang terpilih.
8) Mesra
– Bertanggungjawab menceriakan keluarga yang terpilih.
===========================
PENTING !!!
===========================
1) Sila pastikan anda sudah berdaftar sebagai volunteer MVM di :
www.mvm.org.my
2) Tarikh Tutup Pendaftaran ialah pada :
23/4/2016
3) Volunteer yang terpilih akan dihubungi oleh pihak MVM 5 hari sebelum program.
4) Volunteer yang terpilih akan dihubungi untuk menhadiri sesi suai kenal dan taklimat pada 22/42016.
5) Volunteer hendaklah bekerjasama untuk sebarang persediaan sebelum dan selepas program.
6) Kenderaan tidak disediakan.
7) Sijil penyertaan akan diberikan selepas program.
 
Untuk berdaftar, klik link di sini :