Hujung tahun bakal menjelang, tetapi almari di rumah masih sarat dengan pakaian lama yang entah bila kali terakhir disentuh? Daripada terus dibiarkan makan ruang, apa kata kita tukarkannya menjadi sesuatu yang lebih bermakna?
Sempena bulan Disember 2026 ini, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dengan kerjasama Olympia Education dan Yayasan Selangor kembali membawakan Program Pandu Lalu Kitar Semula Barangan Terpakai ke Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang.
Kini memasuki siri ke-19, program dua hari ini akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember 2026. Antara barangan yang dialu-alukan termasuklah pakaian, barangan fabrik, peralatan elektrik dan elektronik, serta minyak masak terpakai. Paling melegakan, anda tidak perlu risau jika barangan tersebut sudah tidak sempurna, pakaian lusuh, koyak, atau barangan rosak pun boleh dihantar untuk dikitar semula!


Ramai yang sering bertanya, “Ke mana sebenarnya baju-baju ni pergi? Adakah diagihkan terus kepada yang memerlukan?” Jawapannya cukup mudah: setiap barangan yang dikumpul akan dijual ke kilang kitar semula, dan seluruh hasil jualannya akan disalurkan ke tabung kebajikan MVM. Inilah misi utama yang terus dijayakan sejak program ini bermula pada tahun 2022.

Lagi menarik, anda tidak perlu turun berpanas atau beratur panjang. Hanya pandu kenderaan anda terus ke zon drop-off, dan sukarelawan MVM sedia membantu mengangkat barangan keluar dari kereta. Memang cepat, ringkas, dan sangat menjimatkan masa!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan program ini pada 19 & 20 Disember 2026 di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang. Sambil melapangkan ruang rumah untuk suasana yang lebih segar dan sihat menjelang tahun baharu, anda juga turut menyumbang kepada kerja amal.
Ada sebarang pertanyaan? Hubungi sahaja pegawai bertugas di talian:
-
010-423 7064 (Syafiq)
-
017-632 1901 (Imran)
Gambar-gambar program GOG 2026







Leave a Reply
View Comments