10 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Di Program Di Sebalik Pintu 2.0 Di Lanchang, Pahang.

#VolunteerMVM Diperlukan Di Program “Di Sebalik Pintu 2.0 – Bantuan Perumahan Asnaf”

Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program “Di Sebalik Pintu 2.0 – Bantuan Perumahan Asnaf 2022”.

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini merupakan sebuah program bantuan pembinaan dan penambahbaikkan kediaman khusus untuk golongan B40.

Jadi, kami perlukan khidmat Volunteer yang awesome untuk membantu kami membersih dan menambahbaik kediaman untuk keluarga yang terpilih yang dibantu oleh kami.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 19 Februari 2022 (Sabtu) ini di Kampung Mempateh, Lanchang, Temerloh, Pahang.

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh hubungi wakil kami di talian 017-8074144.

So, kepada anda yang free hari tersebut untuk membantu kami, jom daftar sekarang di bawah!

Link Pendaftaran:

https://bit.ly/volunteerDSPLanchang