Boleh Ke Saya Sertai Program MVM Kalau Belum Berdaftar?


Assalamualaikum W.B.T.
Hari ini kita akan bincangkan tentang salah satu persoalan yang sering diajukan kepada pihak MVM iaitu:
“Boleh Ke Saya Sertai Program MVM Kalau Belum Berdaftar?”
Baiklah. Sebenarnya anda boleh menyertai aktiviti dan program MVM tanpa berdaftar sebagai #VolunteerMVM, tetapi ada syaratnya. Penyertaan program MVM terbuka kepada orang awam, namun dikhususkan kepada ahli #VolunteerMVM sahaja.
“Hah? Macam mana tu?”
Okay, pertama sekali, anda perlu tahu ada dua jenis pendaftaran iaitu:
1. Pendaftaran #VolunteerMVM
2. Pendaftaran Program MVM
Pendaftaran #VolunteerMVM
Pendaftaran ini ialah pendaftaran untuk orang ramai berdaftar menjadi ahli #VolunteerMVM. Terdapat beberapa faedah selepas anda menjadi #VolunteerMVM seperti yang dimaklumkan dalam Soalan Lazim MVM.
Yang paling anda perlu tahu ialah #VolunteerMVM akan memperoleh akses penuh untuk Pendaftaran Program MVM. #VolunteerMVM akan menerima emel yang mengandungi pautan dan “kata laluan” untuk mendaftar program MVM yang diadakan.
Pendaftaran Program MVM
Pendaftaran ini ialah pendaftaran untuk menyertai program MVM. Melalui pendaftaran program ini, pihak MVM dapat mengetahui sesiapa yang berminat dan berkesempatan untuk menyertai program tersebut.
Istimewanya, pihak MVM akan memberi peluang kepada orang awam yang belum berdaftar sebagai #VolunteerMVM untuk mendaftar program hanya 15 hingga 30 minit sahaja. Kemudian, pendaftaran tersebut akan dikunci dan memerlukan “kata laluan” yang telah pihak MVM emelkan hanya kepada #VolunteerMVM.

Jadi begitulah serba sedikit maklumat kepada anda berkenaan pendaftaran #VolunteerMVM dan juga pendaftaran program MVM. Kepada anda yang belum menjadi #VolunteerMVM, anda dijemput dan dialu-alukan untuk menyertai kami dengan terus mendaftar di link ini: Pendaftaran #VolunteerMVM
Segala maklumat dan informasi berkenaan program, selain di laman web MVM, pihak MVM akan hebahkan di semua sosial media MVM; Facebook, Instagram dan Twitter MVM.
Jika terdapat sebarang persoalan berkenaan pendaftaran #VolunteerMVM, anda boleh hubungi whatsapp 013-8343012 (Hasif) atau emelkan ke hasif.mvm@gmail.com