Sinar Buat Dunia, Kenali Pasangan Suami Isteri Muslim Hasil Vaksin COVID-19 Dengan 90 Peratus Keberkesanan

Sinar baharu buat dunia, vaksin COVID-19 dengan tahap keberkesanan yang tinggi dan diyakini telah ditemui. Vaksin yang dibangunkan syarikat gergasi farmaseutikal Jerman, BioNTech dengan kerjasama Pfizer (Amerika Syarikat) itu dilaporkan mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 90 peratus.

Ianya adalah hasil usaha pasangan saintis Muslim dari Turki, iaitu Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Oezlem Tuereci, 53. Kedua-dua pasangan ini juga yang menubuhkan BioNTech pada 2008 lalu.

Kenali biografi saintis ini

Sahin dilahirkan di Iskenderun, Turki dan ketika usia empat tahun, dia mengikuti bapanya berhijrah ke Jerman dan membesar di sana.

Di sana, ayahnya bekerja di kilang jenama automotif terkenal, Ford, manakala dia pula mengambil jurusan perubatan di University of Cologne sehingga bergraduasi pada 1990 dan menamatkan ijazah doktor falsafahnya (Ph.D) pada 1993 berikutnya.

Kemudian, dia berkhidmat di Saarland University Hospital selama lapan tahun, sebelum ke University of Mainz pada 2000.
Dia mengahwini isterinya, Ozlem pada 2002.

Sahin dan isterinya, Ozlem di makmal mereka di BioNTech, Jerman | Kredit gambar: Google

Pada 2008, Sahin berjaya merangkul gelaran profesor dengan mempunyai kepakaran dalam immunotherapy.

Pasangan ini sangat bekerja keras dalam bidang perubatan, malah dikatakan pada hari perkahwinan, mereka didakwa masih ‘sibuk’ lagi bertugas.
Kedua-duanya sangat saling berkongsi ilmu dan menjalankan kajian-kajian, sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat untuk membangunkan inisiatif rawatan dan peralatan kanser immunotherapy.

Ekoran kejayaan itu, difahamkan The Bill & Melinda Gates Foundation pernah melaburkan sebanyak USD55 bilion (RM22 bilion) kepada syarikat tersebut.
Penemuan vaksin COVID-19 ini memberikan sinar baharu buat sejarah dunia pada masa kini.
Untuk rekod, kira-kira lebih 52.7 juta kes positif COVID-19 dilaporkan di peringkat global setakat hari ini.

Amerika masih menduduki negara tertinggi jangkitan dengan 10.5 juta kes, diikuti India dengan 8.6 juta kes, Brazil 5.7 juta kes, Perancis 1.9 juta kes dan Russia 1.8 juta kes.
Dalam pada itu, kematian bagi peringkat global juga kian meningkat dan melepasi angka 1.2 juta setakat ini.

Maka dengan itu, semoga usaha Sahin dan Oezlem dalam membangunkan vaksin COVID-19 ini bakal menamatkan derita seluruh penduduk dunia yang sudah terjejas sejak 11 bulan lalu.
Insya-Allah.

Rujukan: Muslim Mirror, Sky News