Sertai Kami

penyelaras sukan

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Program Sukan yang dianjurkan oleh MVM bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat ke arah hidup yang sihat sejajar dengan misi kementerian belia dan sukan untuk membentuk Negara yang mencintai sukan dan aktif seterusnya cemerlang di dalam sukan sehingga ke peringkat tertinggi.
Program Sukan MVM melibatkan peserta daripada pelbagai peringkat umur. Oleh itu, MVM menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama menyokong dan menyertai aktiviti ke arah hidup yang lebih sihat dan ceria.
Jawatan yang ditawarkan : PENYELARAS SUKAN
Tempoh Kontrak : 6 bulan
Lokasi : Puchong, Selangor
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Jumaat, Sabtu bergantung kepada aktiviti)
Tugasan Utama :

  • Menjadi Penyelaras Sukan bagi setiap program sukan anjuran Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM)
  • Membuat perancangan rapi berkaitan program sukan yang telah dirancang dalam rancangan tahunan aktiviti MVM.
  • Mengkoordinasi, memantau dan melaporkan setiap aktiviti yang dijalankan.
  • Menguruskan aktiviti dengan memastikan setiap peserta terlibat secara aktif.

Kelayakan yang diperlukan :

  • Rakyat Malaysia.
  • Berpengalaman dalam bidang sukan termasuklah mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan kemahiran dalam pengurusan.
  • Mempunyai semangat untuk membangunkan masyarakat dalam pembentukan Negara yang berwawasan.
  • Jadual bekerja yang fleksibel.
  • Mempunyai minat dalam bidang kesukarelawanan.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan orang luar tanpa mengira bangsa, budaya serta agama.

Faedah :

  • Elaun RM1600 – RM2000 sepanjang tempoh bekerja
  • Sijil program dan sijil penghargaan.
  • Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
  • Dibimbing untuk melaksanakan sesuatu program.
  • Perjalanan bagi menguruskan program berkaitan adalah ditangung.

Bagaimana untuk memohon ?
Sila lengkapkan borang permohonan dengan klik “Apply Now” dibawah.
Kemudian sila emailkan ke salam@mvm.org.my sebelum 20 April 2016
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia
muslim volunteer malaysia
*download borang yang disediakan menggunakan desktop