Sedekah Hindari Musibah

HINDARI MUSIBAH DENGAN SEDEKAH

Ramai orang terutamanya orang Islam telah mengetahui akan tuntutan bersedekah dalam agama Islam. Sedekah banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya adalah sedekah mampu menghindari kita daripada musibah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi sedekah” (HR : at-Thobrani & Baihaqi)
Dari Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah kematian yang buruk .” ( HR Thabrani, dia menghasankannya dan disahkan oleh Ibnu Hiban )
Sudah jelas sedekah mampu mengelakkan kita daripada sebarang musibah. Oleh itu, jika kita sedang menghadapi sebarang musibah atau kesusahan hidup, perbanyakkan sedekah dan niat ikhlas kerana Allah. Yakin padaNya.
In sha Allah, Allah akan membuka pintu-pintu jalan keluar daripada setiap masalah yang kita hadapi. Ingatlah, Allah Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
#muslimvoluntermalaysia