Pure Heart Back To School : Lunch Box Junior Untuk Anak Asnaf

Pure Heart Back To School : Lunch Box Junior Untuk Anak Asnaf

Kempen “Lunch Box Junior” adalah sebuah kempen sumbangan Set Bekas Makanan yang terdiri daripada bekas makanan dan botol air kepada anak-anak asnaf sempena program Pure Heart Back to School pada bulan Februari ini. Pada tahun ini, MVM berkolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan Puchong Indah untuk program Bantuan Asnaf Pure Heart selama 10 bulan.
Kempen Lunch Box Junior ini diadakan bagi menggalakan anak-anak asnaf untuk membawa bekal makanan ke sekolah disamping memupuk sifat berjimat cermat dan mengamalkan hidup sihat dan seimbang.
Untuk pengetahuan anda, anak-anak asnaf ini adalah mereka yang datang dari keluarga berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan untuk seisi keluarga. Majoriti daripada keluarga asnaf yang kami pernah santuni, mereka tiada wang yang mencukupi untuk keperluan keluarga. Apatah lagi untuk memberi wang saku lebih kepada anak-anak mereka ke sekolah.
Atas keprihatinan ini, kami di MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan dalam Kempen Lunchbox Junior ini. Harapan kami dengan adanya kempen ini, kita mampu meringankan bebanan keluarga asnaf ini dengan menyediakan bekal makanan dan minuman untuk anak-anak mereka ke sekolah. Tiada lagi anak-anak asnaf dan miskin yang kelaparan di sekolah.

Bagaimana untuk bersedekah?

  • 1 set Lunch Box Junior = RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan = 20 Februari 2019

Sumbang sekarang disini : https://donation.mvm.org.my/donations/pure-heart-back-to-school-lunch-box-junior/
Butiran lanjut mengenai Lunch Box Junior:-

Jenis Lunch Box Junior –  Bekas makanan
–   Botol air
Jumlah sasaran 250 anak asnaf
Sasaran umur 7 tahun sehingga 12 tahun
Harga/set RM30/set
Jumlah sasaran sumbangan RM30 x 250 murid = RM7,500.00

Harapan Kami

Kami dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas. In sha Allah, selama mana bekal tersebut digunakan oleh anak asnaf ini, selama itu pahala turut dicatatkan sebagai amalan kita di dunia. Semoga ada hati-hati yang terbuka untuk menyumbang Set Lunch Box Junior kepada anak-anak asnaf ini. Amin.