Program Sempena Hari Sukarelawan Sedunia 5 Disember 2015

Sempena Hari Sukarelawan Sedunia pada 5 Disember 2015 dan Sempena Hari Orang Kelainan Upaya pada 3 Disember 2015, Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dan Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) berganding bahu di dalam menjayakan sebuah program khusus untuk meningkatkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat di dalam membantu OKU Penglihatan.

Sukarelawan diperlukan & berperanan untuk:-

  1. Mengedarkan Komik “Kaedah Membantu OKU Penglihatan”
  2. Menggalakkan orang ramai untuk mempraktikkan kaedah tersebut
  3. Menjadi fasilitator di setiap Checkpoint Demonstrasi
  4. Mengedarkan cenderahati kepada orang awam yang menjayakan demonstrasi

Perincian aktiviti:-

Tempat : Pudu Sentral (Berhampiran Kaunter Pertanyaan)
Tarikh : 5 Disember 2015
Masa : 9.00 Pagi – 3.00 Petang