Pencarian "Person-In-Charge" MVM

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera. 
Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan”.
Volunteer merupakan antara tulang belakang MVM dalam menjalani kerja-kerja kebajikan. 
Oleh itu, MVM ingin membuka peluang kepada Volunteer untuk bersama-sama kami menjadi salah seorang didalam unit pengurusan program bagi program-program MVM yang akan datang.
Klik link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PIC ini :
Pek Komunikasi PIC MVM
Sekiranya berminat, sila KLIK “Borang PIC MVM” dan download serta isi borang tersebut dan emailkan kepada kami di salam@mvm.org.my.
Kami akan menilai permohonan anda dan menghubungi anda sekiranya anda terpilih.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Pencarian PIC ini, anda boleh hubungi kami di talian :

  1. 03-8066 0883 (Isnin – Jumaat 09.00AM-5.00PM)
  2. Atau emelkan kepada salam@mvm.org.my
  3. Atau PM kami di laman facebook rasmi kami “Muslim Volunteer Malaysia – MVM

 
‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Hadapan’