Nikmat Dalam Kesedihan

NIKMAT DALAM KESEDIHAN

Apabila kita ditimpa kesusahan hidup, kita rasa dunia seakan tidak adil dan tidak berpihak pada kita. Kita rasa tiada siapa yang memahami hati kita dan tiada siapa yang boleh bantu kita. Kita ingin hidup bahagia tetapi kebahagiaan seakan jauh dari hidup kita.
Namun begitu, ramai orang salah sangka akan erti kebahagiaan yang sebenar. Orang sangka hidup mewah, berkereta besar, rumah besar dan mempunyai pasangan hidup itulah erti hidup bahagai.
Orang selalu mengaitkan kebahagiaan hidup dengan faktor harta dan kekayaan. Walaupun ia boleh menjadi salah satu penyumbang kebahagiaan tetapi ia bukanlah segalanya.
Lihatlah disekelilingi kita hari ini, berapa ramai yang tidur di atas katil empuk tetapi tidurnya tidak lena. Kadang-kadang, mereka yang hanya tinggal dipondok buruk, tidurnya lebih lena daripada kita.
Negara Jepun dan Sweden yang dikatakan negara paling maju dan paling aman tetapi kadar bunuh diri adalah paling tinggi. Ada pula orang yang dihidangkan lauk pauk yang sedap tetapi lidahnya tidak enak tetapi ada orang yang hanya makan satu lauk sahaja, sudah terasa nikmat dan kenyangnya.
Ramai yang sangka jika seseorang itu memiliki harta yang banyak, makanan yang enak, pasangan hidup baik, maka mereka tentu hidup bahagia dan tenang. Belum tentu !
Bak kata Hamka, ” Lihatlah bagaimana Allah swt membahagikan nikmat-nikmatNya. ”
Bila Allah mencampakkan rasa sedih dalam hati kita, itu bermakna Allah juga mampu menggantikan rasa bahagia dalam hidup kita. Kita tidak mahu bersedih tetapi lihatlah bagaimana rasa sedih ini membawa kita lebih dekat dengan Allah.
Ramai orang yang waktu bersedih dan kesusahan, mereka kembali mencari Tuhan. Mereka mula mengadu pada Tuhan dan mereka mula menjejakkan kaki ke rumah Tuhan. Begitulah nikmat dalam kesedihan. Nikmat kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya.
Dengan kesedihan itu sebenarnya Allah telah menyelamatkan kita daripada terus jauh dari Dia. Dia ingin terus bersama kita dan ingin kita kembali kepada Dia.
Oleh itu, janganlah bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, boleh Like, Share dan Komen untuk manfaat bersama.
#muslimvolunteermalaysia