MVM Menghantar Dana Bantuan RM300,000 Untuk Bantuan Ramadan Syria

MVM Menghantar Dana Bantuan RM300,000 Untuk Bantuan Ramadan Syria.

Ramadhan kembali lagi dan keadaan di Syria masih tidak berubah. Syria terus diperangi, terus dimusuhi, terus dibenci oleh musuh-musuh Islam. Kanak-kanak dan wanita terus menjadi mangsa kekejaman rejim

Alhamdulillah, buat kali ke-2 sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia mengambil tanggungjawab kemanusiaan ini untuk bantuan berbuka puasa yang bernilai RM300,000 kepada saudara-saudara Syria dan ianya adalah hasil sumbangan ikhlas RAKYAT MALAYSIA bagi Misi Bantuan Ramadhan : Syria, Kami Datang !

Kutipan dana sebanyak RM300,000 ini berjaya dikumpulkan dalam masa 3 bulan kempen bantuan dibuka. Hanya ungkapan syukur kepada Allah swt yang mampu kami zahirkan dari hati kerana telah mempermudahkan segala usaha bersama ini. Kami hanya memikul amanah dan menjadi perantaraan untuk rakyat Malaysia terus menyumbang bakti kepada saudara Islam kita di Syria.

Terima kasih Rakyat Malaysia

Pada 6 Jun 2018 yang lalu, 2 orang wakil sukarelawan MVM iaitu Saudara Muhammad, Presiden MVM dan Saudara Azmy, Ketua Unit Media Creative bersama sukarelawan dari Malaysia Lifeline for Syria telah pun berangkat ke kem pelarian Syria di Turki-Syria. Pemergiaan mereka membawa sejuta harapan pelarian Syria yang hidup serba kekurangan. In sha Allah, mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 13 Jun 2018 ini.

Kami mohon doa dan sokongan kepada selurut rakyat Malaysia untuk terus membela nasib saudara-saudara Islam di Syria. In sha Allah, misi bantuan Syria ini akan terus kami usahakan secara bermusim bagi menambah sedikit keselesaan kepada mereka.

Anda boleh layari website khas Misi Bantuan Syria untuk ketahui lebih lanjut tentang misi bantuan ini atau terus menghulurkan sumbangan disini : https://untukmusyria.org.my/