Menangani kesulitan di Cianjur demi kemudahan 400 ahli masyarakat

Baru-baru ini rakan kemanusiaan kami di Cianjur ada mengirim berita tentang projek telaga di sana. Untuk pengetahuan dermawan sekalian, projek ini telah pun bermula. Tetapi, bukan di lokasi yang terdahulu (pondok pesantren Sunanul Huda, Desa Cisarandi). Lokasi baru projek ini adalah di Kampung Benjot.
Perubahan Lokasi
Sumber air bersih adalah keperluan yang sangat besar di Cianjur, lebih-lebih lagi apabila banyak sumber air di sana yang masih belum dapat dibaik pulih pasca gempa bumi dua tahun lalu. Disebabkan itulah, wujud kelompok yang membantah projek ini dilaksanakan di lokasi asal. Ini kerana mereka juga ingin merebut peluang yang sama. Oleh kerana tiada kesepakatan dapat dicapai, rakan kemanusiaan kami terpaksa meneroka ke kampung lain.
Sebagaimana kampung-kampung lain, Masjid Al-Hikmah di Kp Pasirluhur, Kampung Benjot ini juga berdepan kesulitan sumber air. Sudah dua tahun masyarakat dan jemaah di sini menggunakan air tadahan yang kurang bersih untuk memenuhi keperluan seharian, sehingga kerap mengalami gatal-gatal kulit serta diarrhea. Sekiranya sumber air amat kurang atau tercemar mereka akan memohon sumber air dari lori tangki. Jika anda mengikuti perkembangan projek ini tahun lalu, anda pasti tahu MVM ada menghantar 2 buah lori tangki air untuk kegunaan penduduk di salah sebuah kampung.
Alhamdulillah dengan kesepakatan yang telah dicapai, projek telaga sumbangan dermawan MVM akhirnya dapat disalurkan ke masjid ini. Infrastruktur ini bakal dimanfaatkan oleh masyarakat seramai 400 orang.
Insya-Allah, nantikan berita terkini projek ini di dalam emel yang lain.
Oh, ya. Jika anda ingin laksanakan ibadah korban untuk tahun ini, peluang di MVM masih ada.
Semoga dipermudahkan seluruh urusan kita sebagaimana kita telah berusaha mempermudahkan urusan ahli komuniti yang memerlukan.
(Penulisan by : Jie)