MVM Apprentice 2016

 
copy betul punya
 

APA ITU #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Program ini dilaksanakan dalam kalangan graduan agar dapat diterapkan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari dan kebolehan mengenalpasti dan membuka peluang. (opportunity identification and creation)

MVM Apprentice adalah satu program keusahawanan bagi melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Apprentice yang akan dipilih adalah dari kalangan graduan universiti yang masih menganggur dan datang dari keluarga yang kurang bernasib baik tetapi bercita-cita tinggi ingin mengubah nasib diri dan keluarga.

Kebanyakan kursus keusahawanan yang terdapat di negara ini mengenakan bayaran yang tinggi dan graduan tidak mampu untuk menyertai program tersebut.

Inisiatif dari pihak MVM adalah dengan melaksanakan program ini dan memberi peluang kepada graduan untuk menaiktaraf kehidupan mereka ke satu tahap yang lebih baik.

 

MAKLUMAT MVM APPRENTICE 2016

  • Tarikh: 16 Mei 2016
  • Hari: Isnin
  • Masa: 0800 – 1700
  • Tempat: Shah Alam Selangor
  • Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD
  • Peserta: 150 orang
  • Emel Program: apprentice.mvm@gmail.com
  • No Telefon: 019-378 4397

 

MVM APPRENTICE

Merupakan inisiatif MVM yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan dalam kalangan graduan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta yang terpilih akan menjalani program Apprentice selama 2 bulan lebih.
 

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang kepada graduan yang berlatarbelakangkan keluarga yang kurang berkemampuan untuk menaik taraf kehidupan mereka.
  2. Meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan graduan yang menganggur.
  3. Memberi peluang kepada graduan mempelajari dan menceburi bidang keusahawanan.
  4. Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan graduan mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
  5. Meningkatkan keyakinan graduan yang baru menceburi bidang keusahawanan untuk terus lebih maju.
  6. Melahirkan usahawan muda Islam yang berkualiti tinggi.
  7. Membantu meningkatkan ekonomi keluarga graduan.
  8. Melahirkan generasi yang mengamalkan Sunnah Rasulullah dan berjaya di dunia dan akhirat.

 

Tema MVM Apprentice : “PERINTIS USAHAWAN KOSMETIK MUDA”

 
Tema ini dipilih untuk menaikkan semangat anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan kosmetik. Bidang keusahawanan merupakan salah satu tonggak utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Graduan yang berjaya dalam program ini, akan berpeluang untuk menjadi rakan kongsi kepada syarikat kosmetik terkemuka di Malaysia iaitu MOHA GROUP SDN BHD.
Graduan yang berjaya ini juga berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

PANEL MVM APPRENTICE

yaya mohamad moha group
 
YAYA MOHAMAD

Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

 eddie asuan online marketing

EDDIE ASUAN

Eddie Asuan merupakan salah seorang usahawan muda dan pengasas kepada produk Deina. Beliau telah berkecimpung dalam bidang keusahawanan online dan offline. Beliau juga merupakan Pakar Pemasaran Online dan dikenali oleh kebanyakan usahawan muda Malaysia.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.
 

SIAPA YANG LAYAK ?

 
seminar mvm apprentice
 

Aturcara Preview MVM Apprentice

 

 

SOALAN LAZIM ?

1. Apa itu MVM Apprentice?
#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.
2. Bagaimana MVM membantu graduan?
MVM membantu graduan dalam menyediakan platform menimba ilmu untuk menjadi usahawan kosmetik. Graduan yang terpilih melalui program ini akan diberikan latihan keusahawanan secara pratikal daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya.
3. Siapakah penaja utama MVM Apprentice?
Penaja utama bagi program MVM Apprentice adalah syarikat MOHA Group Sdn. Bhd.
4. Adakah saya dikenakan bayaran?
Tidak. Untuk preview MVM Apprentice pada 16 Mei 2016, ianya adalah percuma.
Bayaran untuk yuran penyertaan hanya dikenakan sekiranya anda berminat dan layak untuk menyertai program MVM Apprentice.
5. Adakah saya graduan yang layak menyertai MVM Apprentice?
Anda graduan yang layak untuk menyertai MVM Apprentice sekiranya anda menepati kriteria pemohon yang ditetapkan.
6. Umur saya lebih dari 25 tahun, adakah saya layak untuk sertai?
Tidak. Syarat yang ditetapkan adalah graduan berumur 21 hingga 25 tahun.

Fasa Pertama, daripada 150 orang yang hadir pada Preview MVM Apprentice pada 16 Mei 2106, hanya 80 orang yang terawal mendaftar untuk ke Fasa Kedua, dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan terpilih untuk Fasa seterusnya bagi mengikuti Program MVM Apprentice secara keseluruhan yang akan berlangsung selama 2 bulan lebih.

JADUAL PENGAJIAN MVM APPRENTICE

Fasa Pertama, daripada 150 orang yang hadir pada Preview MVM Apprentice pada 16 Mei 2106, hanya 80 orang yang terawal mendaftar untuk ke Fasa Kedua, dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan terpilih untuk Fasa seterusnya bagi mengikuti Program MVM Apprentice secara keseluruhan yang akan berlangsung selama 2 bulan lebih.

Preview MVM Apprentice 2.0

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON MVM APPRENTICE?

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini” beserta nama penuh anda ke no 
(019–387 4397)  – Atiqah.