Mengapa Rezeki Saya Sempit ?
Ramai yang berasa rezeki mereka sempit walaupun telah melakukan pelbagai kerja dan usaha. Namun begitu, kita perlu fahami terlebih dahulu maksud rezeki yang sebenarnya. Ramai berpendapat rezeki itu adalah duit. Maka, jika kekurangan duit mereka beranggapan rezeki mereka sempit.
Fahaman ini kurang tepat. Kita perlu memahami konsep rezeki dengan lebih meluas. Rezeki bukan sahaja pada wang semata-mata tetapi kesihatan yang baik juga rezeki, anak-anak yang soleh juga rezeki, tempat kerja yang selesa juga rezeki, dapat beribadah pada Allah juga rezeki dan sebagainya.
Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan rezeki kita sempit? Baiklah, berikut adalah antara punca mengapa rezeki kita dirasakan seakan sempit:
1. Lalai atau tidak ambil berat tentang zakat dan sedekah
2. Terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan Allah
3. Melakukan perniagaan atau kerja yang haram
4. Berbuat dosa kerana jahil atau degil
5. Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki
6. Kedekut dengan ibubapa dan keluarga
7. Berfikiran negatif
8. Pemarah dan panas baran
Adakalanya, kita tidak sedar bahawa diri kita adalah punca utama mengapa rezeki susah datang. Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan bertindak untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit. In sha Allah.
#muslimvolunteermalaysia
Leave a Reply
View Comments