Senyuman Adalah Sedekah

SENYUMAN ADALAH SEDEKAH

Mudahnya bersedekah !
Hanya dengan senyuman kepada sesama manusia, kita sudah mendapat pahala bersedekah. Jadi, tiada lagi alasan untuk kita umat Islam untuk tidak bersedekah.
Di sini, kami kongsikan antara hadis Rasulullah s.a.w tentang senyuman:
1. Sabda Rasulullah s.a.w,

“Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.”
( HR al-Baihaqi no. 7935)

2. Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,
” Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan).
Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya.
Namun Rasulullah melayan sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah s.a.w.”
( HR at-Tabrani no. 7695 )
3. Aisyah meriwayatkan, dia berkata,
” Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum.”
( HR al-Bukhari no. 8217)
Oleh itu, perbanyakkan senyuman, kurangkan kemurungan. In sha Allah, hidup kita akan bahagia dan tenang selalu.
Jom Like, Share dan Komen untuk berkongsi manfaat bersama-sama.
Sumber : http://seyum.damai.id/sabda-rasulullah/
#muslimvolunteermalaysia