Sunyi – Tanda Tuhan Sedang Berbicara

Sunyi – Tanda Tuhan Sedang Berbicara

“Sunyi..”

“Dibiarkan hati ini sunyi supaya ku dengar apa yang mahu dibicarakan Tuhan..”

Tiba-tiba frasa ini terlantun dari mulut kita. Tidak kuat. Sekadar didengari telinga.
“Sunyinya..”
Tanpa sedar itulah yang kita katakana setiap hari. Itulah kita kita fikir saban hari.
Kita biarkan diri kita terus dipeluk rasa sunyi, diresap, dikoyak perlahan-lahan, dilapah, dihenyak oleh sunyi. Kita tenggelam bersama semua itu. Makan seorang diri, pergi jalan-jalan seorang diri. Pendek kata semua yang kita lakukan seharian itu seorang diri. Orang bertanya kita ni tak ada kawan ke?
Bestnya kalau dapat family macam diorang?”
“Kenapa aku tak ada kawan-kawan macam mereka?”
“Aku nak jugak pergi melancong ke pulau-pulau..”
“Aku nak juga bangun pagi ada orang ucap Good Morning..”
Bestnya ada partner macam diorang..”
“Umur aku dah 30 tahun tapi nak pakai kereta pun tak mampu..”
Berada dalam sebuah ruang yang kecil yang ada hanyalah dinding. Berbaring di katil membelek handphone, menanti mesej dari teman-teman. Menantikan panggilan mereka yang caring pasal kita. Kejap-kejap kita memandang siling, kejap-kejap kita memandang skrin handphone yang kosong. Dan kita ulanginya banyak kali walaupun tiada apa yang berubah.
Kita hanya perlukan satu mesej saja untuk merasa gembira ketika itu. Hanya satu. Mungkin dari orang tersayang, mungkin dari teman,dari ibu bapa. Sekurang-kurangnya mesej yang boleh membuatkan kita mula berbicara untuk kita berkata..
“Tolong aku, jangan biarkan aku sunyi..”
Sungguh sunyi itu perasaan yang kita lalui setiap hari. Betulkan? Lebih-lebih lagi bila kita di dalam “terowong” yang hanya ada kita seorang. Maka sunyilah yang banyak membuat suara dan membuat onar.
Saya faham, tidak pernah antara kita yang mahu sunyi. Fitrah manusia adalah untuk berteman. Mengapa dipilihnya sunyi? Mudah saja jawapan. Apabila kita berada dalam keadaan low self esteem, buntu, serabut, tertekan dan sebagainya. Kita mengambil keputusan untuk tidak bertemu dengan orang. Mengambil keputusan untuk menyendiri.
Kerana kadang-kadang kita tidak mahu orang tahu kita sedang bermasalah atau menghadapi musibah. Tapi wajah kita tidak mampu untuk menipu. Jauh di dasar hati kita mengharapkan mereka tahu yang kita sedang parah. Namun tidak terluah. Akhirnya kita rasa bersendirian.
Walaupun jiwa kita diikat sunyi namun sebenarnya hati kita terlalu bising dengan monolog-monolog. Meronta-ronta  mahu keluar. Oh itu sebenarnya isi hati yang sedang meraung.
Sebenarnya sahabat pembaca sekalian, sunyi itu membuat hati kita kosong. Kekosongan yang membuat kita mudah diisi dengan apa saja. Diisi dengan perkara gila atau sebaliknya. Harap yang baik-baik sahaja. Saat ini jugalah kita merasakan kata-kata Allah, mungkin melalui hikmah yang ditunjuknya menjadi suara yang paling kuat kita dengar dalam hati kita.
Malah dalam ekspedisi mendaki gunung yang mencabar. Menduga kekuatan mental dan juga fizikal. Sepanjang perjalanan dalam hutan yang sunyi itu yang paling bising adalah hati kita. Antara hati dan minda bergaduh untuk meneruskan berjalanan ataupun tidak. Begitulah perumpamaannya.
Dalam keadaan begini, kita seperti mendengar Allah berdialog dengan kita. Tuhan berbicara. Tutur bicara Tuhan tidak sama pada setiap hambanya. Saya melaluinya dengan cara yang lain,anda melaluinya dengan cara yang berbeza. Tapi akhirnya kita tetap tahu bahawa sebenarnya Tuhan sedang berbicara dengan kita.
Memang pedih kesunyian yang dicipta Allah ini. Seperti disiat-siat rasanya. Namun  apabila kita bersendirian, kita lebih banyak mendengar suara hati. Kita lebih banyak memberi peluang hati kita untuk berbicara. Yang selama ini kita menidakkan kata-katanya.
Maka sunyi itu kadang-kadang membuat kita menjadi lebih dekat pada Tuhan. Sunyi itu membuat kita mahu berbicara dengan Tuhan melalui doa-doa. Maka jalan terbaik untuk kita mengisi kesunyian ini adalah dengan kembali kepada Allah. Kerana Allah sentiasa mahu berbicara dengan kita. Hanya kita sahaja yang tidak mahu mendengarnya.
When you feel all alone in this world 
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

“Allah knows” – Zain Bikha
Tulisan : Azam Abdullah