30 Sukarelawan MVM Diperlukan Di Dalam Program Ramadan Kita

Unit Kurator Pengisian Dan Sukarelawan MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program Ramadan  MVM iaitu Projek CSR bersama Deko Dan Kopi “Ramadan Kita” di mana kami ingin meraikan penduduk di Puchong Utama Court 2 dan orang awam  dengan pek juadah berbuka dan bubur lambuk.

Jadi, kami perlukan khidmat 30 VolunteerMVM yang awesome untuk membantu kami memasak dan mengagihkan pek juadah berbuka dan bubur lambuk pada hari kejadian.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 27 April 2022 (Ahad) ini di Puchong Utama Court 2.

Berikut maklumat ringkas :

  • Lokasi : Puchong Utama Court 2 
  • Tarikh : 27 April 2022 (Rabu)
  • Masa: 10 a.m. – 8 p.m 

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh hubungi wakil kami di talian 017-8074144.

So, kepada anda yang free hari tersebut untuk membantu kami, jom daftar sekarang di bawah!

Link Pendaftaran:

https://forms.gle/wwM92sbL657ttJ458