30 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Dalam Program Pure Heart 9.2

Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program tahunan  MVM iaitu Pure Heart 9.2 Bantuan Asnaf Miskin Bandar di bawah Kempen Untukmu Malaysia – Bantuan Sara Hidup.

Jadi, kami perlukan khidmat 30 VolunteerMVM yang awesome untuk membantu kami mengagihkan barangan asas pada hari kejadian tersebut.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 25 & 26 Mac 2022 (Sabtu) ini di Masjid Nurul Hidayah Daerah Manjung Perak.

Berikut maklumat ringkas Pure Heart 9.2 (Manjung):

  • Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Daerah Manjung Perak
  • Tarikh : 25 & 26.3.2022 (Jumaat & Sabtu)
  • Masa: 5 p.m – 10 p.m (Jumaat), 8 a.m. – 12 p.m. (Sabtu)

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh hubungi wakil kami di talian 017-8074144.

So, kepada anda yang free hari tersebut untuk membantu kami, jom daftar sekarang di bawah!

Link Pendaftaran:

https://bit.ly/pendaftaranvolunteerPH