30 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Dalam Program Pure Heart 9.1

Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program tahunan  MVM iaitu Pure Heart 9.1 Bantuan Asnaf Miskin Bandar di bawah Kempen Untukmu Malaysia – Bantuan Sara Hidup.

Jadi, kami perlukan khidmat 30 VolunteerMVM yang awesome untuk membantu kami mengagihkan barangan asas pada hari kejadian tersebut.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 26 Februari 2022 (Sabtu) ini di Masjid Nurul Hidayah Daerah Manjung Perak.

Berikut maklumat ringkas Pure Heart 9.1 (Manjung):

  • Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Daerah Manjung Perak
  • Tarikh : 26.2.2022 (Sabtu)
  • Masa: 8 a.m. – 12 p.m.

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh hubungi wakil kami di talian 017-8074144.

So, kepada anda yang free hari tersebut untuk membantu kami, jom daftar sekarang di bawah!

Link Pendaftaran:

https://forms.gle/qWzo21SjLCmmpSff6