20 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Dalam Program Ramadan Indahnya

Unit Kurator Pengisian Dan Sukarelawan MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program tahunan  MVM iaitu Ramadan Indahnya di mana kami ingin meraikan rakan jalanan di sekitar Klang dengan juadah berbuka di bawah Kempen Untukmu Malaysia – Bantuan Sara Hidup.

Jadi, kami perlukan khidmat 20 VolunteerMVM yang awesome untuk membantu kami mengagihkan barangan asas pada hari kejadian tersebut.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 10 April 2022 (Ahad) ini di Hentian Pelabuhan Klang, Selangor.

Berikut maklumat ringkas :

  • Lokasi : Hentian Pelabuhan Klang, Selangor
  • Tarikh : 10 April 2022 (Ahad)
  • Masa: 8 a.m. – 10 p.m 

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh hubungi wakil kami di talian 017-8074144.

So, kepada anda yang free hari tersebut untuk membantu kami, jom daftar sekarang di bawah!

Link Pendaftaran:

https://forms.gle/RWeGT3ZCXqmcFHph9