10 soalan berkaitan ibadah qurban
Allah berfirman
فصل لربك و انحر
Maka solatlah kepada Tuhanmu dan lakukan korban
Sabda Rasulullah
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
1) Hukum Korban?
Hukum korban eidul adha hukumnya sunnah muaakad. Manakala kepada orang Islam,baligh,berakal yang berkemampuan
dan menjadi sunnah kifayah (jika ada antara kita yang mahu buat dikalangan keluarga maka terjatuh tuntutan sunnah kepada ahli keluarga yang lain)
Makruh: Bagi mereka yang mampu tetapi meninggalkan ibadah korban
Imam syafie berkata
لا ارخص في تركها على من قدر عليها
Aku tidak meringankan kepada orang yang mampu lakukan ibada korban untuk meninggalkannya.
Waktu tempoh korban:
Waktu mula raya eidul adha(raya haji) sehingga akhir hari tasyriq (3 hari)
2) Jenis haiwan
Disyaratkan haiwan sejenis النعم sebagaimana yang disyaratkan zakat
-biri biri,kibas yang sudah ada gigi depan (setahun atau kurang dari setahun namun lebih dari 6 bulan)
-kambing (mesti 2 tahun atau lebih)
-lembu (2 tahun ke atas)
-unta (5 tahun ke atas)
SAH jika dari haiwan tersebut sama ada betina atau jantan (namun yang afdhal adalah betina,kerana isinya lebih)
Dan jika haiwan itu khunsa (ada 2 alat kelamin juga tetap sah)
3) Haiwan yang paling afdhal untuk dikorban:
Pertama Unta
Kedua lembu
Ketiga kambing
4) Masalah:
-Jika 7 ekor kambing maka ianya lebih afdhal dari seekor unta
-jika seekor kambing(seorang korban) lebih afdhal dari unta dan lembu yang dikongsi harta untuk korbannya
5) Warna haiwan yang paling afdhal?
Pertama Putih
Kedua Kuning
Ketiga kelabu
Keempat Hitam
6) Haiwan yang tidak sah di korban:
Pertama العوراء (cacat) iaitu haiwan yang buta matanya,
Namun kata imam syafie
Jika selaput yang menutup matanya,jika ianya sedikit maka dibolehkan
Kedua العرجاء (tempang) jika tempang terlalu teruk maka tidak boleh dibuat korban
Ketiga المريض haiwan yang sakit semisal sakitnya akan seperti rosak dagingnya dan membaww penyakit dan mudarat jika memakannya maka tidak boleh dibuat korban
Keempatالعجفاء iaitu haiwan yang dagingnya sikit (terlalu kurus)
-tidak boleh haiwan tersebut itu gila
-tidak boleh haiwan korban tersebut kurang anggotanya seperti satu telinga hilang,atau lidah terpotong.
7) Adakah boleh berkongsi ibadah korban pada satu haiwan?
Unta dan lembu boleh sehingga 7 orang jika mahu berkongsi harta untuk sembelih seekor unta atau lembu kerana ada hadis
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ ، وَالْبَقَرَةِ عَنْ سَبْعَةٍ
Kami telah keluar berkorban bersama Rasulullah pada tahun hudaibiyyah seekor unta dengan 7 orang dan seekor lembu dengan 7 orang
dan mesti tidak boleh lebih dari 7 orang.
-jika Kambing maka ianya tidak boleh…hanya seorang sahaja yang boleh,tidak boleh dikongsi harta untuk korban
Namun boleh dikongsi dengan diniatkan pahala kepada ahli keluarga yang lain seperti ayah,ibu dan lain2 dari keluarga nafkah
Disyaratkan Niat untuk korban ketika sembelih
-Kerana ibadah memerlukan niat
-jika diniat sebelum sembelih boleh dengan syarat niat ketika pilih haiwan tersebut dan menentukan haiwan yang mahu disembelih(lembu/kambing)
8) Bagaimana jika yang sembelih itu wakil bukan kita?
-maka wajib niat ketika kita mewakilkan kepada orang tersebut,atau pun menyuruh orang yang diwakilkan berniat untuk kita
Adakah boleh makan haiwan korban yang kita lakukan?
Iya,Boleh makan daging haiwan yang kita buat korban dengan syarat korban itu bukan menjadi nazar,jika ia adalah daging korban nazar,maka tidak boleh dimakan,bahkan diberikan kepada faqir miskin seluruhnya,jika dia memakannya wajib dia ganti haiwan yang baru untuk dikorban lagi.
Dalil yang membolehkan kita makan daging korban
Allah firman
فكلوا منها و اطعموا البائس الفقير
Makanlah darinya daging korban dan berikanlah makan kepada orang yang amat faqir miskin
Diriwatkan oleh imam baihaqi
“Bahawasanya Dahulu Rasulullah saw pernah memakan daging hati korbanya”
Dan apabila makan daging itu hendaklah tidak boleh lebih dari 1/3 dari daging tersebut,bahkan yang lebih itu wajib berikan kepada faqir miskin
9) Bolehkah buat korban untuk orang keluarga yang sudah meninggal?
Boleh jika sekiranya ketika si mati ada buat wasiat,jika tidak wasiat maka tidak boleh,namun ada qaul kata boleh walaupun ia tidak mewasiatkan,kerana korban dianggap sedekah,dan sedekah boleh walaupun tanpa ada wasiat dari si mati,ianya tetap sah.
10) Perkara yang sunnah dilakukan korban:
-sunnah lelaki yang mahu berkorban dia yang sembelih
Namun jika ia tidak tahu dan sakit maka sunnah baginya mewakilkan orang sembelih
(jika wanita maka disunnahkan untuk mereka wakilkan kepada lelaki)
-sunnah melihat haiwan yang kita buat korban
Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم
Berkata kepada saidatina fatimah
قومي الى اضحيتك فاشهديها فانه بأول قطرة من دمها يغفر لك ما سلف من ذنوبك
Pergilah kepada korban kamu dan lihatla ia kerana sesungguhnya titisan darah yang pertama itu mengampunkan dosa kamu apa yang telah berlalu
-Dan disunnahkan kepada orang yang ingin membuat ibadah korban untuk tidak memotong rambut dan kukunya sehingga dia sudah melakukan korban,kerana makruh berbuat demikian
Dan hadis Rasulullah saw
اذا رأيتم الهلال ذي الحجة و أراد احدكم ان يضحى فيمسك عن شعره و اظفاره
Jika kalian melihat bulan zulhijjah dan kalian mahu lakukan korban maka tahanlah rambut dan kuku kalian (jangan potong) riwayat muslim
Maksudnya sama ada rambut,misai dan janggut makruh dipotong,dan bulu yang lain lain
-disunnahkan pilih haiwan yang gemuk dan banyak isinya
-memakai pisau yang lebih tajam untuk memutuskan urat leher haiwan
Leave a Reply
View Comments