10 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Segera !

10 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Di Program Training of Volunteer bersama MyAqsa Defender.

Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program “Training of Volunteer bersama MyAqsa Defender”.

Di dalam program “Training of Volunteer” ini kami memerlukan Volunteer untuk menjadi Fasilitator bagi membantu program ini berjalan dengan lancar.

“Training of Volunteer” ini adalah sebuah program khas untuk Sukarelawan dalam pendedahan berkaitan kebajikan dan kemanusiaan bersama dengan aktivis yang berpengalaman dalam aktiviti kemanusiaan di mana mereka akan memberi sedikit perkongsian tentang pengalaman mengendalikan program kebajikan dan kemanusiaan ini.

Jadi, kami perlukan khidmat 10 Volunteer yang awesome untuk membantu kami bagi yang berkelapangan bersama membantu tim kami dan tim Myaqsadefenders.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 19 & 20 Mac 2022 (Sabtu & Ahad) ini.

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh hubungi wakil kami di talian 017-8074144.

So, kepada anda yang free hari tersebut untuk membantu kami, jom daftar sekarang di bawah!

Link Pendaftaran:

https://bit.ly/PendaftaranVolTOV