Wakaf Buku Si Cilik
Apakah Kempen Wakaf Buku Si Cilik?
Kempen “Wakaf Buku Si Cilik” adalah sebuah kempen sumbangan buku-buku terpakai untuk diwakafkan dan digunakan oleh anak-anak asnaf dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. Kempen ini dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang pelbagai jenis buku bagi kegunaan mereka yang memerlukan.
Objektif
- Memupuk semangat dan suasana membaca dikalangan murid di sekolah
- Memupuk murid mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai ilmu
- Memberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang dalam bentuk keilmuan.
- Menjadikan MVM sebagai saluran dalam amal jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan wakaf.
- Memperkasakan sumbangan berbentuk wakaf sebagai satu bentuk infaq yang sangat mulia.
Kaedah
Jenis Buku |
– Buku cerita kanak-kanak – Buku latihan sekolah rendah – Kamus dwibahasa – Kamus simpulan Bahasa – Kamus peribahasa – Kamus kata nama khas |
Kondisi Buku |
– Tidak koyak – Tidak berconteng – Masih boleh dibaca |
Jumlah Sasaran | 300 buah |
Sasaran Umur | 7 tahun sehingga 12 tahun |
Tarikh, Tempat Penyerahan & No.telefon |
Tarikh : 4-8 Februari 2019 Serahan buku di HQ Muslim Volunteer Malaysia (Waze) atau Pos buku anda ke alamat berikut : Muslim Volunteer Malaysia HQ 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. No.telefon : 012 235 6854 (Azizi) |
Harapan Kami
Besarlah harapan kami, kepada mana-mana individu yang ingin mewakafkan buku untuk bacaan si kecil ini boleh berbuat demikian seperti yang telah dinyatakan dalam maklumat di atas. Ayuhlah kita hidupkan semula generasi yang cintakan ilmu agar kehidupan kita sentiasa disinari dengan ilmu. In sha Allah panjang pahala orang yang manfaat kan ilmu ini. Semoga Allah redha. Amiin.
Leave a Reply
View Comments