Seorang pengamal perubatan Palestin, Dr Mai Afana dilaporkan terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Israel dalam satu kejadian baru-baru ini.
Ahli psikiatri berusia 29 tahun itu didakwa diserang tentera berkenaan ketika sedang melalui sebuah pusat pemeriksaan di Hezme, Palestin.
Situasi selepas kejadian sempat dirakam penduduk tempatan sebelum rakaman tersebut tersebar meluas di media sosial.
Watch: Mai Afana, 29, is a #Palestinian doctor who was killed this morning by the #Israeli occupation forces at the Hezme checkpoint in Palestine.#savesheikhjarrah #PalestinianLivesMatter #IsraeliCrimes pic.twitter.com/P36bZAEnKN
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) June 16, 2021
— ProFar (@mrProFar) June 16, 2021
Kematian Dr Mai Afana itu ditangisi oleh warganet dengan rata-ratanya mengucapkan salam takziah ke atas kematiannya.
Sementara itu, netizen turut ‘tertarik’ dengan kapsyen yang ditulis Allahyarhamah dalam ‘cover photo’ di laman Facebooknya, Dr-mai Anafeh.
Difahamkan, itu adalah kemaskini yang terakhir dibuatnya pada 17 Mei lalu, memaparkan gambar seorang kanak-kanak Palestin yang tercedera.
Kapsyen tersebut berbunyi;
“Wahai anak kecilku, air matamu lebih bersih daripada air Zamzam … Kami adalah orang yang enggan dipanggil ‘pelarian dan terlantar’ adalah satu kehidupan, sama ada dengan maruah atau musnahkan kami dan robohkan rumah-rumah di atas kepala kami, kami akan melahirkan anak-anak walaupun kami tahu bahawa mereka mati syahid pada masa depan, kita akan mengajar maruah ini kepada dunia..”
Salam takziah buat Dr Mai Afana atas ‘kepulangan’ menuju Pencipta-Nya ke ‘negara’ kekal abadi. Al-Fatihah!
Leave a Reply
View Comments