[DITUTUP] – Sertai Kami di Muslim Volunteer Malaysia Dengan Segera!

Sertai Kami – Media Content Executive, Online Marketing Executive & Fundraising Executive Diperlukan Segera.

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
Muslim Volunteer Malaysia – MVM membuka peluang kerjaya kepada individu-individu yang berbakat, komited serta berminat untuk membina kerjaya dalam industri kesukarelawanan.
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Media Content Executive
  • Online Marketing Executive
  • Fundraising Executive

1) Media Content Executive
Kriteria :

  • Mempunyai pengetahuan asas dalam pemasaran Internet dan copywriting
  • Minat dalam menghasilkan penulisan berbentuk story-telling atau pengiklanan
  • Berkemampuan memberi idea-idea konten dan pemasaran
  • Bonus – Mahir menggunakan platform wordpress, dan photoshop.

Skop Tugasan:

  • Bertanggungjawab membantu menguruskan hebahan MVM melalui Website, Facebook, Instagram,
  • Telegram, Twitter, SMS dan Email rasmi pertubuhan.
  • Mengemaskini Website, Instagram, Facebook, Telegram dan Twitter pertubuhan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
  •  Mengambil tindakan awal ke atas setiap maklumbalas yang ditinggalkan seperti komen, dan
    mesej yang diterima di media sosial pertubuhan.
  • Menulis laporan / artikel aktiviti untuk setiap program yang dianjurkan
  • Mengadakan Live Update untuk setiap program yang dijalankan
  • Menyediakan material untuk pembinaan konten bagi setiap program dan kempen.

2) Online Marketing Executive:
Kriteria :

  • Pengalaman 1-2 tahun dalam bidang pengiklanan dan pemasaran online.
  • Mahir mengendalikan pengiklanan di media sosial seperti seperti FB Ads, Instagram Ads dan Google Ads.
  • Mempunyai kemahiran pemasaran melalui emel dan SMS adalah satu kelebihan.
  • Mahir membuat copywriting bagi tujuan pengiklanan.
  • Mahir menggunakan Ms Word dan Ms Excel.

Skop tugasan:

  • Bertanggungjawab membangun dan melaksanakan strategi pemasaran dan pengiklanan online pertubuhan.
  • Bertanggungjawab menjalankan kempen dan iklan di media sosial pertubuhan.
  • Bertanggungjawab menguruskan dan menganalisis kempen pemasaran e-mel.
  • Bertanggungjawab memastikan keberkesanan setiap kempen dan iklan pemasaran online yang dijalankan.

2) Fundraising Executive:
Kriteria:

  • Mempunyai keterampilan yang menarik.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Mempunyai pengetahuan asas tentang pencarian dana bagi program kebajikan.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang Public Relation atau Perkhidmatan Pelanggan atau Jualan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Mahir menggunakan Ms Office.
  • Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris adalah satu kelebihan.

Skop tugasan:

  • Bertanggungjawab merancang dan menyusun strategi bagi penjanaan dana pertubuhan.
  • Bertanggungjawab menyediakan proposal dan roadmap bagi penjanaan dana pertubuhan.
  • Bertanggungjawab mendapatkan dana tajaan sama ada dalam bentuk tunai atau barangan bagi program-program pertubuhan.
  • Bertanggungjawab menjadi medium perantara antara pertubuhan dan penyumbang.
  • Bertanggungjawab menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik bersama pihak-pihak lain dalam usaha mencapai matlamat kerjasama dan dana pertubuhan.
  • Bertanggungjawab menjalinkan hubungan harmoni dengan pelanggan terutamanya penderma dan penaja.

 
Maklumat Lanjut : 
Lokasi: No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah IOI Mall Puchong)
Masa Bekerja: 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin-Jumaat)
Faedah :

  • Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
  • Sijil program dan sijil penghargaan.
  • Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
  • Kemudahan makan tengah hari setiap Isnin – Khamis

Bagaimana untuk memohon ?
Sila emailkan resume anda ke hr@mvm.org.my sebelum 30 April 2019
Jika terpilih, anda akan dihubungi untuk menghadiri sesi interview nanti.
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB: Muslim Volunteer Malaysia