Bantuan Keluarga Asnaf “Pure Heart MVM” April 2017.
Tarikh : 21 April & 22 April 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Slot Kemahiran : Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia
Slot Kesihatan : Malaysia Relief Agency
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1
Pure Heart MVM adalah program selama 10 bulan bertujuan untuk memberi bantuan barangan asas & keperluan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah RM1,500. Selain itu, MVM turut memberi Bantuan perniagaan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.
Istimewa pada tahun 2017 ini, MVM juga telah merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih.
Syukur kepada Illahi, pada 21 & 22 April yang lalu, MVM telah berjaya menganjurkan program kali ke-3 Pure Heart MVM bagi tahun 2017 di SK Puchong Utama 1. MVM amat bertuah kerana menerima tajaan kotak dan T-shirt daripada Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties untuk program ini sepanjang tahun 2017.
Hampir 30 Volunteer MVM telah bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan pembungkusan barangan bantuan pada hari Jumaat malam (21 April 2017) di ruang terbuka SK Puchong Utama 1. Proses persediaan telah berjalan dengan lancar sekali. Segala barangan keperluan juga telah tiba lebih awal bagi memudahkan proses pembungkusan pada malam ini. Tahniah kepada semua sukarelawan !
Keesokannya, penerima bantuan dan keluarga mula hadir seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Menarik pada kali ini, MVM telah bekerjasama dengan Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia untuk Slot Kemahiran. Slot Kemahiran ini telah dibahagikan kepada 2 bengkel kemahiran iaitu Bengkel Dekorasi Kek dan Bengkel Jahitan. Keluarga penerima bantuan kali ini sangat gembira kerana berpeluang untuk belajar kemahiran baru dan In sha Allah, ia membantu mereka untuk menjana pendapatan sampingan nanti.
Selain itu, kami juga telah bekerjasama dengan Malaysia Relief Agency iaitu sebuah NGO Perubatan untuk Slot Kesihatan. Dalam slot ini, keluarga penerima bantuan berpeluang untuk memeriksa tahap kesihatan masing-masing seperti gula dalam darah, tekanan darah, berat, tinggi, BMI dan juga mendapat konsultasi beserta ubat-ubatan secara percuma. Alhamdulillah, ramai keluarga yang mempunyai kesedaran tinggi dalam penjagaan kesihatan masing-masing.
Syukur kepada Allah, program ke-3 Pure Heart MVM 2017 ini berjalan dengan lancar sekali. In sha Allah, program ini akan diteruskan sepanjang tahun 2017 di SK Puchong Utama 1 dengan pelbagai pengisian dan bantuan yang baru.
Doakan kami ya !
Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.
Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.
Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart April 2017” :
[foogallery id=”7795″]