Program Kembali Ke Sekolah Sesi 2016

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.

Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2015. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2015 dengan unifom serta kelengkapan persekolahan yang mencukupi.

Program ini merupakan antara program kemanusiaan yang diadakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Bagi tahun sesi persekolahan yang lalu, IAM telah mencatat seramai lebih 1,200 penerima manfaat melalui program ini. Perlaksanaan program ‘Kembali Ke Sekolah pada tahun ini pula akan dilaksanakan melalui 7 fasa dan akan berlangsung di sepanjang cuti persekolahan sebelum bermulanya penggal pertama persekolahan pada tahun 2015.

Pada tahun lepas, perlaksanaan penyerahan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar terpilih telah diadakan di 6 lokasi utama iaitu :

1. Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong, Pulai Chondong Kelantan – penerima sumbangan adalah terdiri daripada para pelajar yang kurang berkemampuan dari 4 buah sekolah rendah di sekitar daerah Machang, Kelantan.

2. SKTBR 1, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor

3. Sekolah Kebangsaan Kg. Beng, Lenggong, Perak -penerima sumbangan terdiri daripada murid-murid dari sekitar Lenggong, Perak.

4. Masjid Darul Istiqal, Kg. Sg. Maung, Kuching, Sarawak- penerima sumbangan terdiri daripada murid-murid yang kurang berkemampuan dari sekitar Kg. Kudei, Kg. Mongkos dan juga Kg. S. Maung.

5. Sekolah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor – penerima sumbangan adalah terdiri daripada para pelajar yang kurang berkemampuan dari sekitar Batu Pahat, Johor.

6. Sekolah Kg. Muda, Penaga, Pulau Pinang – penerima sumbangan adalah terdiri daripada para pelajar yang kurang berkemampuan dari sekitar Pulau Pinang.

Bagi meneruskan misi kemanusian ini, khususnya kepada pelajar-pelajar miskin di seluruh negara, pihak IAM amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang ramai bagi bersama-sama menjayakan program ‘Kembali Ke Sekolah’ bagi sesi persekolahan 2015 ini.

Pakej Amal Bantuan Sekolah RM150 untuk seorang kanak-kanak
Uniform Sekolah
Pelajar Lelaki (Baju & Seluar)
Pelajar Perempuan (Baju, Kain & Tudung)
Kasut Sekolah
Stokin
Beg Sekolah & Alat Tulis
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89485939.

Bagi sumbangan, sila klik disini