PELUANG SERTAI KAMI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
MVM menawarkan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini, melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengisi tiga kekosongan jawatan kosong di MVM. Ayuh sertai kami!
Jawatan yang ditawarkan:
1) Eksekutif Jualan
Tempoh Kontrak : 5 bulan
Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah ioi Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
Tugasan Utama :
- Membantu untuk mengatur, merancang dan melaksanakan strategi jualan merchandise pertubuhan.
- Mengurus tempahan dan jualan merchandise.
- Merancang sistem jualan merchandise pertubuhan secara online dan offline.
- Merekod dan mengurus data pelanggan dan jualan.
- Menyediakan laporan dan menganalisis prestasi jualan.
Kelayakan yang diperlukan :
- Mempunyai pegalaman dalam bidang jualan sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pemasaran online dan offline.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan khidmat pelanggan yang baik.
- Mahir menggunakan Ms Word dan Ms Excel.
- Mahir menggunakan Adobe Photoshop / Adobe Illustrator adalah satu kelebihan.
Faedah :
- Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
- Sijil program dan sijil penghargaan.
- Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
- Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
2) Eksekutif Pembangunan Ekonomi
Tempoh Kontrak : 5 bulan
Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah ioi Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
Tugasan Utama :
- Membantu untuk mengatur, merancang dan melaksanakan strategi pembangunan ekonomi pertubuhan.
- Mengendalikan website, Facebook, Instagram dan Twitter jualan pertubuhan.
- Merancang sistem jualan barangan dan perkhidmatan secara online dan offline.
- Mengurus tempahan dan jualan.
- Merekod dan mengurus data pelanggan dan jualan.
- Menyediakan laporan dan menganalisis prestasi jualan.
Kelayakan yang diperlukan :
- Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang perniagaan.
- Mempunyai pegalaman dalam bidang jualan barangan dan perkhidmatan sekurang-kurangnya 1-2 tahun.
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pemasaran online dan offline.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan khidmat pelanggan yang baik.
- Mahir menggunakan Ms Word dan Ms Excel.
- Mahir menggunakan WordPress.org adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Adobe Photoshop / Adobe Illustrator adalah satu kelebihan.
Faedah :
- Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
- Sijil program dan sijil penghargaan.
- Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
- Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
3) Creative Designer cum Video Editor
Tempoh Kontrak : 5 bulan
Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah ioi Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
Tugasan Utama :
- Bertanggungjawab menyediakan rekaan reka bentuk produk.
- Bertanggungjawab membuat label produk atau brosur.
- Bertanggungjawab menghasilkan poster dan video sebagai bahan pemasaran dan pengiklanan.
- Bertanggungjawab bertindak sebagai jurugambar dan juruvideo bagi tujuan komersial produk.
Kelayakan yang diperlukan :
- Mempunyai pengalaman sebagai pereka grafik sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Mahir membuat design mock up produk ialah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
- Mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi dan video.
- Mahir membuat video komersial.
- Mahir menggunakan Adobe After Effect dan Adobe Premiere.
Faedah :
- Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
- Sijil program dan sijil penghargaan.
- Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
- Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
Bagaimana untuk memohon ?
Sila emailkan resume anda ke hr@mvm.org.my
Jika terpilih, anda akan dihubungi untuk menghadiri sesi interview nanti.
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia
Leave a Reply
View Comments