PELUANG LATIHAN INDUSTRI MVM
Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
Muslim Volunteer Malaysia – MVM menawarkan peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti program Latihan Industri.
Bidang Latihan Industri yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Penulis Konten
- Pereka Grafik
- Penyunting Video
- Koordinator Program
1) Penulis Konten
Kriteria Yang Diperlukan
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pemasaran Internet dan copywriting.
- Minat dalam menghasilkan penulisan berbentuk penceritaan.
- Berkemampuan memberi idea-idea konten dan pemasaran.
- Mahir menggunakan platform wordpress adalah satu kelebihan.
- Kemasukan bulan Jan / Feb 2019
Bidang Tugasan
- Membantu menguruskan hebahan MVM melalui Website, Facebook, Instagram, Telegram, Twitter, SMS dan Email rasmi pertubuhan.
- Membantu mengemaskini Website, Instagram, Facebook, Telegram dan Twitter pertubuhan.
- Mengambil tindakan awal ke atas setiap maklumbalas yang ditinggalkan seperti komen dan mesej yang diterima di media sosial pertubuhan.
- Menulis laporan / artikel aktiviti untuk setiap program yang dianjurkan.
- Membuat Live Update untuk setiap program yang dijalankan.
- Menyediakan material untuk pembinaan konten bagi setiap program dan kempen.
2)Pereka Grafik
- Belajar dalam Sijil/Diploma/Ijazah dalam bidang Seni Reka Grafik & Media Digital, Creative Multimedia, Art Design dan lain-lain bidang yang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran dalam rekaan grafik.
- Mahir menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
- Mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi adalah satu kelebihan.
- Kemasukan bulan Jan / Feb 2019
Bidang Tugasan
- Bertanggungjawab menyediakan rekaan grafik seperti poster, brochure dan booklet yang diperlukan untuk kegunaan program, kempen dan bahan media sosial pertubuhan.
- Bertanggungjawab memikirkan idea-idea baru bagi memastikan bahan hebahan dan konsep design yang dihasilkan sentiasa segar dan terkini.
- Bertanggungjawab bertindak sebagai jurugambar semasa program.
- Belajar dalam Sijil/Diploma/Ijazah dalam bidang Seni Reka Grafik & Media Digital, Creative Multimedia, Animasi dan lain-lain bidang yang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran dalam rekaan grafik.
- Mahir menggunakan Adobe After Effects, Premiere Pro, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
- Mempunyai kepakaran dalam bidang videografi adalah satu kelebihan.
- Kemasukan bulan Jan / Feb 2019
Bidang Tugasan
- Bertanggungjawab dalam penghasilan video untuk kegunaan program, promosi kempen dan pengiklanan.
- Bertanggungjawab untuk merancang konsep dan story-line bagi video yang ingin dihasilkan.
- Bertanggungjawab bertindak sebagai juruvideo semasa program
4) Koordinator Program
- Mempunyai minat dalam pengurusan dan penganjuran program.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Mahir menggunakan Ms Word dan Ms Excel.
- Kemasukan bulan Jan / Feb 2019
Bidang Tugasan
- Bekerjasama menguruskan program-program anjuran pertubuhan.
- Bertanggungjawab membuat kertas kerja bagi setiap program yang dianjurkan.
- Bertanggungjawab menyediakan dokumentasi serta laporan program.
KENAPA PERLU SERTAI KAMI?
- Elaun Latihan Industri sebanyak RM300 akan diberikan.
- Makan tengah hari untuk setiap hari Isnin – Khamis disediakan.
- Peluang untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan setiap bulan dan sijil disediakan.
KEPERLUAN PERMOHONAN
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Tempoh latihan industri berbeza-beza, minimum sepuluh (10) minggu dan maksimum lima puluh dua (52) minggu.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Resume terkini beserta gambar passport
- Surat latihan industri dari fakulti/universiti
BAGAIMANA INGIN MEMOHON?
E-mel : hr@mvm.org.my ATAU terus klik link ini : https://kerjaya.mvm.org.my/
Jika terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak MVM. Semoga berjaya! 🙂
Leave a Reply
View Comments