PELUANG LATIHAN INDUSTRI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
Muslim Volunteer Malaysia – MVM menawarkan peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti program Latihan Industri.
Bidang Latihan Industri yang ditawarkan adalah seperti beriku :
1) Eksekutif Program
Tugasan Utama :
- Berperanan sebagai penyusun atur semua program MVM yang melibatkan aktiviti kesukarelawan.
- Membantu menyediakan kertas kerja dan dokumen berkaitan.
- Keupayaan membina dan menjaga hubunga baik dengan para agensi kerajaan dan swasta.
- Memastikan setiap program dan aktiviti yang dianjurkan menepati masa sasaran.
Kelayakan yang diperlukan :
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Kemahiran menggunakan perisian microsoft.
- Berpengalaman dalam menguruskan program.
- Berminat dalam kesukarelawanan.
- Kreatif dan inovatif.
- Proaktif dan pantas.
- Komited dan berdisiplin.
Melalui program ini , MVM menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka serta melengkapkan mereka dengan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini.
Program ini juga meliputi peluang untuk memberi pengalaman dalam membuat kerja amal melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Keperluan Permohonan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Tempoh latihan industri berbeza-beza, sekurang-kurangnya minimum sepuluh (10) minggu dan maksimum lima puluh dua (52) minggu.
Prosedur Permohonan
Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Resume terkini beserta gambar passport
Kemudahan Elaun
Pelajar layak menerima elaun latihan industri sebanyak RM500 sebulan termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu.
Permohonan boleh dihantar ke E-mel berikut:-
E-mel : hr@mvm.org.com
Nama Pegawai : Nur Faeza binti Samsimon
Jika terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak MVM.
Leave a Reply
View Comments