Pada 12 Jun 2017 yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia – MVM telah menghantar 3 sukarelawan bersama-sama dengan 3 sukarelawan Tangisan Syria Di Bumi Jordan ( TSDBJ ), 2 sukarelawan dari Malaysian Lifeline For Syria (MLLFS) dan 2 sukarelawan dari Indonesia dalam misi Ramadhan Untuk Syria ke Turki. Misi kali adalah untuk menghantar bantuan bagi membina masjid, membaik pulih kemudahan dan perbelanjaan rakyat Syria sepanjang Ramadan.
Video misi bantuan di – Jurnal Misi Bantuan Ramadhan Syria Kami Datang
Misi kami kali ini mendapat kerjasama daripada Mufti Kilis dan Bonyan Organisation iaitu sebuah NGO yang membantu pembangunan rakyat Syria di Turki.
Pada hari Selasa 13 Jun 2017, kami dibawa ke Babussalam yang terletak di Kilis. Iaitu salah sebuah kem rakyat Syria berhampiran dengan sempadan Turki-Syria. Babussalam merupakan salah sebuah pintu masuk pelarian Syria yang cedera dan tertindas untuk mendapatkan perlindungan dan rawatan di Turki. Kami berpeluang untuk menjenguk khemah yang menyediakan makanan berbuka puasa kepada pelarian di sini. Tukang masak yang juga rakyat Syria menyiapkan juadah berbuka puasa kepada 15,000 pelarian Syria di kem itu. Alhamdulillah, MVM menyumbang 3000 juadah berbuka pada hari itu.
Seterusnya kami mengadakan kunjungan hormat ke As-Sham Association yang terletak di Gaziantep. Pusat ini menempatkan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim Syria. Ibu tunggal di sini diberi kemahiran menjahit, membuat kraftangan dan mengait baju bagi menampung perbelanjaan harian. MVM juga turut membeli produk kraftangan yang dihasilkan oleh ibutunggal di sini.
Pada hari Khamis, 15 Jun 2017, kami berpeluang untuk menjenguk anak-anak Syria yang bersekolah Pusat Pendidikan Al-Ansar. Seramai 500 pelajar Syria menuntut ilmu di pusat tersebut. Pusat Pendidikan Al-Ansar menyediakan kemudahan pembelajaran yang terbaik kepada anak-anak Syria di Turki. Semasa di sana, kami mengedarkan food basket kepada kanak-kanak di situ.
Pada hari Jumaat 16 Jun 2017 adalah tarikh sepatutnya wakil sukarelawan MVM, TSDBJ dan MLLFS masuk ke sempadan Syria. Namun disebabkan oleh pada hari itu kami dikhabarkan bahawa tempat yang bakal sukarelawan kami pergi itu sudah dibom, maka misi untuk masuk ke Syria terpaksa dibatalkan hari itu. Namun dengan berkat kesabaran dan kerjasama dari pihak Bonyan Organisation, Mufti Kilis dan pihak keselamatan Syria.
Cubaan ke-2 untuk memasukkan Syria berjaya. Pada hari Selasa berikutnya sukarelawan MVM berjaya menjejakkan kami ke bumi Syria. Berjaya masuk ke Syria adalah sebenarnya kemuncak kepada misi Bantuan Ramadhan Syria kali ini. Misi kali ini mendapat liputan meluas dari akhbar tempatan Berita Harian dan Harian Metro.
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada misi ini. Sesungguhnya sumbangan anda mampu membantu rakyat Syria untuk bangkit kembali.
Berikut adalah 3 misi bantuan MVM untuk Syrian dengan kerjasama MLLFS dan TSDB :
- Bantuan Musim Sejuk ( RM 100,000 )
- Unity Convoy (RM 200,000 )
- Bantuan Ramadhan ( RM 300,000 )
3 Comments
View Comments