Muslim Volunteer Malaysia Mencipta Sejarah Baru di Karnival Karangkraf vs. Sifufbads
Program : Karnival Karangkraf vs. Sifufbads
Tarikh : 3 – 5 Mac 2017
Tempat : Perkarangan Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Masa : 9 am – 11 pm
Syukur, syukur, syukur kepada Allah swt kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Karnival Karangkraf vs. Sifufbads selama 3 hari iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lepas. Muslim Volunteer Malaysia telah ditaja penuh oleh Sifufbads Sdn. Bhd. untuk membuka booth di Karnival Karangkraf vs. Sifufbads ini.
Terima kasih Sifufbads Sdn. Bhd kerana telah berbesar hati untuk menaja Muslim Volunteer Malaysia
Jika sebelum ini, MVM lebih fokus pada medium online untuk menyampaikan informasi tentang kempen-kempen dan juga mengumpul dana, kali ini MVM mencipta sejarah buat kali pertama untuk turun padang menyertai program berbentuk karnival seperti ini. Team MVM telah dibantu oleh 10 orang #VolunteerMVM untuk mengadakan pelbagai persiapan dan juga membantu kelancaran program sepanjang 3 hari tersebut.
Apa yang menarik di booth MVM adalah mereka yang berminat untuk menjadi #VolunteerMVM telah mendapat penjimatan sebanyak RM10 apabila mendaftar di booth. Alhamdulillah, seramai hampir 30 orang telah mendaftar sebagai #VolunteerMVM pada karnival ini. Selain itu, MVM juga mengadakan jualan amal merchandise eksklusif MVM seperti button badge, dan t-shirt.
Kami juga amat berpuas hati apabila dapat berkongsi tentang program-program bantuan yang dianjurkan kepada orang ramai. In sha Allah, dengan adanya pendedahan sebegini, ia membantu untuk membuka minda masyarakat untuk lebih prihatin dan membantu mereka yang lebih memerlukan.
Kami juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pengunjung yang telah memberi sumbangan ikhlas sepanjang 3 hari di karnival ini. Dana yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM2,288.15.
Apa yang lebih istimewa, pengunjung booth MVM telah berpeluang untuk beramah mesra bersama Ikon MVM iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi pada hari terakhir karnival. Mereka juga telah berkongsi pengalaman mereka mengadakan misi kemanusiaan di negara-negara darurat seperti Syria. Kali ini booth MVM telah diserbu oleh orang ramai yang ingin berjumpa Ikon MVM dan juga mendaftar sebagai #VolunteerMVM.
Akhirnya, kami sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja MVM iaitu Sifufbads Sdn. Bhd. atas peluang menimba pengalaman baru ini. Tidak dilupakan dan sentiasa dekat dihati kami iaitu #VolunteerMVM yang sentiasa bertungkus lumus membantu menjayakan program ini dan juga orang ramai yang telah memberi sumbangan ikhlas untuk kami terus bergerak.
Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Karnival Karangkraf vs. Sifufbads :
[foogallery id=”6295″]