Muslim Volunteer Malaysia Cipta Sejarah Sekali Lagi Bersama Sifufbads.
Satu lagi sejarah terlakar hari ini apabila Muslim Volunteer Malaysia menjadi NGO pertama memeterai kerjasama dengan Sifufbads Sdn. Bhd. Kerjasama ini akan menyaksikan Tabung Amal MVM ditempatkan di setiap seminar dan program kelolaan Sifufbads bermula Jun sehingga hujung tahun 2017. Tabung Amal MVM ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan program-program bantuan dan pembangunan asnaf anjuran Muslim Volunteer Malaysia. Usaha ini juga adalah langkah baharu MVM dalam menyebarluaskan pemahaman orang ramai terhadap program-program yang dijalankan MVM.
Kerjasama murni ini adalah rentetan daripada cetusan idea Presiden MVM, Muhammad Bin Jantan ketika sesi pertemuan bersama CEO Sifufbads iaitu Sifu Jamal di Karnival Karangkraft 2017 pada bulan Mac lalu yang ingin memberi peluang kepada usahawan-usahawan di bawah program Sifufbads menyumbang kepada pembangunan keluarga asnaf dan mereka yang memerlukan melalui program anjuran MVM.
Simbolik penyerahan Tabung Amal MVM telah disempurnakan oleh Presiden Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad Bin Jantan dan Sifufbads diwakili oleh Pegawai Eksekutif, Tuan Mohd Effendy Saadon yang berlangsung sempurna di pejabat urusan Sifufbads Sdn. Bhd. pada 6 Jun 2017.
Semoga dengan wujudnya kerjasama ini akan dapat membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan serta membuka peluang kepada kerjasama lain kearah melahirkan usahawan yang berjiwa dermawan.
Leave a Reply
View Comments