PERSIDANGAN Keamanan Madrid atau dikenali sebagai Madrid Peace Conference merupakan salah satu persidangan yang ‘penting’ dalam konflik geopolitik antara Palestin dan Israel.
Merujuk perkongsian MyAqsa Defenders, pada asalnya persidangan tersebut diadakan bermula 30 Oktober hingga 1 November 1991 yang diadakan di Madrid, Sepanyol.
Difahamkan, persidangan itu ditaja khas di bawah Amerika Syarikat (US) dan seterunya, Kesatuan Soviet (USSR) dengan harapan atau tujuan untuk memperbaiki hubungan keamanan antara Palestin dan Israel.
Antara negara yang turut terlibat dalam persidangan tersebut selain Palestin dan Israel ialah Jordan, Lubnan dan Syria. Menariknya, dua kuasa veto terbesar, US dan USSR juga turut terlibat sama.
Lapor MyAqsa Defenders, persidangan tersebut didakwa telah memberi sebuah hak yang ‘sah’ kepada proses penubuhan ‘ISRAEL’ sebagai sebuah negara haram yang lagi tidak diiktiraf.
Hal tersebut demikian kerana resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB/UN), UN General Assembly, No. 3379 yang meletakkan ‘Zionism’ sebagai ‘rasis’ telah dipinda kira-kira 45 hari selepas persidangan tersebut berlangsung.
Jadi kini selepas 30 tahun, PBB telah pun ‘menyambut’ ulang tahun persidangan tersebut buat kali ke-30 baru-baru ini dengan disusuli ucapan setiausaha agungnya, Antonio Guterres.
“Solusi dua negara (two state solution) yang dikenali sebagai Resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan perjanjian dua hala, ia kekal sebagai satu-satunya cara untuk memastikan rakyat Palestin dan Israel boleh merealisasikan aspirasi sah mereka.
“(Dan ia adalah) penamat dan merealisasikan dua buah negara yang merdeka, berdaulat, hidup bersebelahan dalam keamanan dan kesejahteraan berdasarkan garis 1967 dan dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota bagi kedua-dua negara,” kata Antonio dalam persidangan tersebut.
Bagaimanapun seperti yang diketahui umum, mana-mana perjanjian geopolitik Palestin-Israel yang melibatkan kuasa-kuasa proksi besar dunia tidaklah boleh ‘diyakini’, apatah lagi dipercayai.
Difahamkan, bermulanya daripada persidangan terbina perjanjian Oslo Accords yang dibuat pada 1993, melibatkan kerajaan Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Namun menurut MyAqsa Defenders lagi, sekali lagi Israel menunjukkan wajahnya yang sebenar apabila negara tidak diiktiraf tersebut tidak mengikuti perjanjian berkenaan.
Malah perjanjian tersebut dikatakan semakin mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tanah suci Palestin.
Tambah MyAqsa Defenders, persidangan tersebut yang sepatutnya menjadi adil bagi Palestin dan Israel tidaklah diberikan hak yang sama rata apabila wakil PLO secara rasmi membatalkan kehadiran mereka (ketika itu).
Akhirnya sehingga ke hari ini, hak asasi rakyat Palestin yang sepatutnya mereka miliki dalam setiap perjanjian yang dilakukan sebelum ini belum lagi tercapai.
Sumber: My Aqsa Defenders
Leave a Reply
View Comments