Jejak Mahabbah 3.0 – Alhamdulillah, Puan Yuliana Mula Berniaga di Bazar Ramadhan.

Assalamualaikum volunteers,

Masih ingat kisah Puan Yuliana, penerima bantuan Jejak Mahabbah 3.0 yang kami kongsikan sebelum ini? Boleh baca kisah Puan Yuliana disini – https://mvm.org.my/activity/jejak-mahabbah-3-0-demimu-anakku-ibu-korbankan-segalanya

Alhamdulillah, minggu lepas Puan Yuliana atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ana sudah mula berniaga di bazar Ramadhan, Puchong Prima. Beliau menjual beraneka jenis kuih muih sebagai pemanis mulut untuk berbuka puasa.

Untuk makluman, program Jejak Mahabbah ini telah dibahagikan pada 3 fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 – Ziarah / Kaji selidik
  • Fasa 2 – Bantuan Dana
  • Fasa 3 – Pemantauan ekonomi

Setelah selesai fasa 1 dan fasa 2 untuk Jejak Mahabbah 3.0 ini, kini telah masuk fasa ke-3 iaitu fasa pemantauan. Oleh itu, team MVM bersama sukarelawan MVM telah berkunjung ke gerai Kak Ana untuk memberi sokongan moral dan juga membantu beliau berniaga di bazar Ramadhan tersebut.

Syukur ke hadrat Illahi, sungguh meriah sekali suasana gerai Kak Ana pada petang itu. Mari kita sama-sama doakan agar rezeki Puan Yuliana sekeluarga bertambah murah dan diberkatiNya.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program Jejak Mahabbah 3.0 kali ini secara langsung dan tidak langsung.

Anda juga boleh lihat kisah penerima bantuan Jejak Mahabbah sebelum ini :

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Jejak Mahabbah MVM 3.0:

*untuk melihat gambar, anda boleh tekan next/prev dibawah.

[foogallery id=”9149″]