Ini 8 Program Utama Muslim Volunteer Malaysia Yang Mungkin Anda Belum Ketahui.
Salam Volunteers !
Apa khabar? Kami doakan hari anda bertambah baik dan bahagia daripada sebelumnya.
Firstly, kami ingin ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda terhadap program-program di MVM selama 2 tahun ini. Kami sangat menghargainya.
Baiklah, kami ingin kongsikan 8 program utama yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia sejak 2 tahun lepas.
1) Pure Heart MVM
Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang terpilih agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan bantuan asas dan bantuan perniagaan kepada yang terpilih. Bantuan asas ini akan diberikan keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah. Bantuan perniagaan pula diberikan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.
2) Social Media The Gathering (SMTG)
Social Media: The Gathering dibawakan khas oleh MVM untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan. Intipati program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai situasi dan senario warna-warni kehidupan. Klik link untuk baca laporan & gambar program SMTG berikut:
3) Jejak Mahabbah MVM
Jejak Mahabbah MVM merupakan sebuah program khas untuk membantu keluarga asnaf yang berusaha untuk mengubah kehidupan keluarga mereka. Matlamat difokuskan untuk memberi bantuan khususnya dari aspek perniagaan. Klik link untuk baca laporan & gambar program Jejak Mahabbah MVM berikut:
4) Projek Sukan MVM
Projek Sukan MVM diadakan adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan, memanjangkan ikatan kemesraan bersama sukarelawan. Selain itu, ia juga untuk melatih sukarelawan untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan dengan aktiviti luar yang sihat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan sukarelawan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Klik link untuk baca laporan & gambar Projek Sukan MVM berikut:
- Piala Paintball MVM
- Piala Amal Bowling MVM 2016
- Piala Amal Bowling MVM 2017
- Piala Amal Badminton MVM
5) Di Sebalik Pintu (DSP)
Program Di Sebalik Pintu ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan rumah penerima bantuan di samping membantu meringankan bebanan keluarga penerima bantuan khususnya dalam bidang perniagaan. Klik link untuk baca laporan & gambar program Di Sebalik Pintu berikut:
6) MVM Apprentice
MVM Apprentice Merupakan inisiatif MVM yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan dalam kalangan graduan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta yang terpilih akan menjalani program Apprentice selama 2 bulan lebih. Klik link untuk baca laporan & gambar program MVM Apprentice berikut:
7) MVM Emergency Relief
MVM Emergency Relief adalan misi bantuan kecemasan yang disediakan oleh MVM bagi membantu mereka yang memerlukan akibat bencana alam. Klik link untuk baca laporan & gambar program MVM Emergency Relief berikut:
8) Volunteer Appreciation Awards (VAA)
Volunteer Appreciation Awards adalah program akhir tahun yang bertujuan untuk menghargai semua sukarelawan MVM yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program yang dianjurkan oleh MVM. Klik link untuk baca laporan & gambar program Volunteer Appreciation Awards berikut:
Syukur ke hadrat Illahi yang telah mengizinkan segala program ini berjalan dengan lancar dan in sha Allah memberi manfaat kepada orang ramai.
Anda berminat untuk join program mana nanti?
- Untuk lihat Jadual Program MVM 2017, boleh klik sini – https://mvm.org.my/takwim-program-mvm-2017/3953
Mohon doa dan bantu MVM untuk “SHARE” tentang program-program ini juga ya.
Oh ya, untuk sertai program MVM, anda hendaklah mendaftar sebagai #VolunteerMVM secara rasmi terlebih dahulu.
Jumpa Anda di Program MVM akan datang!
Leave a Reply
View Comments