Di Sebalik Pintu 3.0

dsp

Program Di Sebalik Pintu 3.0 berlangsung dengan jayanya dengan melibatkan hampir 50 orang Volunteer MVM didalam misi mentransformasikan rumah keluarga penerima asnaf & miskin.

Program : Di Sebalik Pintu 3.0 – Selangor
Tarikh : 30 April 2016
Tempat : Puchong, Selangor
Masa : 08:30 Am – 05.30PM
Rakan Media Rasmi : Capital Tv ( Misi Ihsan)
Inspirasi Deko : Dapur Impiana
Tajaan Produk : Cosmoderm
Penceramah Jemputan : Imam Muda Faris

Program Di Sebalik Pintu ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

MVM telah mengambil masa 2 bulan lebih untuk mencari dan meneliti keluarga yang asnaf & miskin untuk dibantu. Tujuan pencarian ini dijalankan agar MVM dapat membantu keluarga yang terpilih sesuai & layak untuk menjalani proses yang akan dijalankan sepanjang program Di Sebalik Pintu ini dijalankan.

Untuk Program Di Sebalik Pintu kali ini, keluarga penerima adalah daripada keluarga Pn Hadheejatul Kubra binti Salmin Baris. Pn Hadheejatul Qubra merupakan seorang ibu tunggal yang menjaga 2 orang anak iaitu Jannatul Firdaus(18) & Luqmanul Hakeem(12). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga ini, klik di sini.

Program ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2014 dan kali ini telah memasuki siri yang ketiga betempatkan di negeri Selangor.

Perlaksanaan Aktiviti

Pada 30 April yang lepas, MVM telah menganjurkan program Di Sebalik Pintu di Puchong, Selangor di mana pada tarikh ini MVM akan lebih memfokuskan kepada transformasi rumah keluarga penerima.

Seramai 50 volunteer telah terpilih didalam menjayakan program ini dimana mereka telah dibahagikan kepada beberapa “Skuad” iaitu Skuad Makeover, Skuad Mesra  Skuad Laundry.  Program ini telah dijalankan seawal jam 08:30 pg dengan pendaftaran Volunteer dan seterusnya diberi taklimat oleh ketua projek, Saffuan Aroff.

Skuad Makeover merupakan pasukan yang akan memfokuskan kepada mentransofrmasikan rumah Pn Hadheejatul,
skuad Mesra akan membawa keluarga penerima untuk keluar bersiar-siar dan membeli barangan keperluan manakala skuad laundry pula akan membawa pakaian-pakaian kepunyaan keluarga penerima untuk dibersihkan.

Setelah taklimat selesai, keluarga penerima dibawa oleh skuad Mesra untuk keluar bersiar-siar sementara menunggu proses transformasi rumah.

Skuad Mesra

Pada program kali ini, MVM telah membawa keluarga penerima bersiar-siar di kawasan Putrajaya, memberi mereka pengalaman yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini. MVM telah membawa keluarga penerima menaiki Cruise Putrajaya & lawatan di Muzium Alam Semulajadi. Selain itu, keluarga penerima juga telah mendapat kunjungan daripada penceramah jemputan Imam Muda Faris semasa di Masjid Putra,Putrajaya

 

Transformasi Rumah

Tranformasi rumah merupakan  salah satu tugasan yang paling berat didalam program kali ini. Hal ini kerana, MVM dan volunteer perlu merubah keadaan rumah sehingga bersih dan selesa.  Pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk proses transformasi rumah ini, antaranya ialah, mengecat, menyusun dan mencantikkan perabot, membaiki peralatan elektrik dan sebagainya.

Pendedahan Rumah

Setelah selesai mentrasformasikan rumah keluarga penerima, MVM dan Volunteer berdebar-debar menunggu keluarga penerima daripada keluarga bersiar-siar. Alhamdulillah,transofrmasi rumah ini disambut baik oleh keluarga penerima.

Alhamdulillah

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program Di Sebalik Pintu kali ini.

Untuk melihat galeri foto sepanjang program ini, klik di sini.

MVM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Capital-Tv kerana telah meliputi program ini menerusi rancangan Misi Ihsan mereka. Tonton episode 6 Misi Ihsan di bawah. Selamat menonton =)