9 Soalan Anda Perlu Tahu Mengenai Peluang Pekerjaan di MVM

9 Soalan Anda Perlu Tahu Mengenai Peluang Pekerjaan di MVM

  • Saya tiada pengalaman bekerja, boleh ke saya mohon pekerjaan di MVM ? 

Ya, anda tidak semestinya mempunyai pengalaman bekerja untuk mohon posisi yang dibuka. Anda boleh nyatakan pengalaman anda di universiti, kolej atau apa sahaja pengalaman yang berkaitan dengan posisi tersebut. 

  • Adakah MVM menyediakan tempat tinggal untuk staff ?

Ya, buat masa ini rumah untuk staff wanita sahaja disediakan. Namun begitu, terdapat sewa bulanan minima yang perlu dibayar.

  • Adakah MVM menyediakan pengangkutan untuk staff ?

Tidak. 

  • Bolehkah saya mohon untuk kerja secara separuh masa (part time) ?

Tidak. Hanya pekerjaan sepenuh masa sahaja dibuka.

  • Di manakah sesi temuduga akan dijalankan ?

Di HQ Muslim Volunteer Malaysia, Puchong Selangor. 

  • Adakah saya boleh menghadiri temu duga secara “Walk-In” ?

Tidak. Kami akan menghubungi individu yang terpilih untuk menghadiri sesi temuduga nanti. 

  • Adakah saya akan diambil sebagai pekerja tetap selepas tamat kontrak 6 bulan ?

Anda berpeluang untuk menjadi pekerja tetap selepas tamat kontrak 6 bulan berdasarkan prestasi kerja, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan.

  • Bagaimanakah caranya untuk saya mohon pekerjaan di MVM ?
  1. Anda boleh memohon untuk jawatan kosong terkini disini –> https://mvm.org.my/sertai-kami-muslim-volunteer-malaysia-2/8318 
  2. Download borang permohonan. 
  3. Hantar borang permohonan dan resume anda ke email salam@mvm.org.my
  • Bagaimanakah untuk saya tahu jika permohonan saya berjaya atau tidak ?

Pihak MVM akan menghubungi individu yang terpilih untuk menghadiri sesi temuduga nanti. 
*Untuk permohonan jawatan kosong terkini di MVM, boleh klik disini. 

Artikel ini dikemaskini pada 17 Mei 2017 , 6:04 PM