Salam Jumaat Volunteer !
Pejam celik pejam celik, kita dah memasuki bulan Rejab dan hanya tinggal 35 hari sahaja lagi untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan. Allahu, sekejap sungguh masa berlalu kan?
Namun begitu, pernahkah kita terfikirkan akan mereka yang setiap tahun menyambut Ramadhan dan Syawal tanpa sebarang pembaharuan atas desakan hidup dan kurang kemampuan.
Sudikah anda menghulur sedikit bantuan buat mereka ini ?
MVM membuka peluang untuk kita sama-sama membantu golongan keluarga asnaf dan anak-anak yatim di Malaysia ini
Antara kempen-kempen yang sedang berjalan adalah seperti berikut :
1) Di Sebalik Pintu 4.0 – Bahagiamu, Deritaku (Kisah Besar Puan Noor Huda)
DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.
Maklumat lanjut & sumbangan disini –> https://mvm.org.my/di-sebalik-pintu-4-0-bahagiamu-deritaku-…
2) Kempen Tajaan MVM Ramadhan
a) Pure Heart Ramadhan
Maklumat lanjut & sumbangan ikhlas disini –> https://mvm.org.my/bantuan-keluarga-asnaf-pure-heart-ramadh…
b) Iftar MVM bersama Anak- anak Yatim – SMTG 6.0
Maklumat lanjut & sumbangan ikhlas disini –> https://mvm.org.my/tajaan-anak-anak-yatim-iftar-ramadhan-mv…
c) MVM Kacau Dodol
Maklumat lanjut & sumbangan ikhlas disini –> https://mvm.org.my/tajaan-mvm-kacau-dodol-ramadhan-2017
3) Kempen Bantuan Keluarga Asnaf “Pure Heart” April 2017
MVM membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama dengan menaja keluarga asnaf melalui kempen tajaan Pure Heart ini.
Maklumat kempen : https://mvm.org.my/bantuan-tajaan-keluarga-asnaf-2017
4) Kempen RM10 bulan April 2017
Sekiranya anda merasakan usaha yang dilakukan oleh Muslim Volunteer Malaysia – MVM adalah wajar dan perlu diteruskan, maka kami memerlukan sokongan anda untuk bersama-sama memastikan agar pelbagai program yang telah dirancang dapat dinikmati impaknya kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin asnaf dan anak-anak yatim.
Maklumat kempen : https://mvm.org.my/kempenrm10mvm
Bantu MVM untuk “SHARE” informasi ini bersama keluarga dan sahabat . Hanya Allah sahaja mampu membalas usaha dan sokongan ini.
#muslimvolunteermalaysia #followMVM #bantuShare #untukmusyria#DiSebalikPintu4 #pureheart #kempenRm10 #RamadhanMVM
Leave a Reply
View Comments