PELUANG SERTAI KAMI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
MVM menawarkan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini, melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Jawatan yang ditawarkan : Eksekutif Program
Tempoh Kontrak : 3 bulan
Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah ioi Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Jumaat)
Tugasan Utama :
- Berperanan sebagai penyusun atur semua program MVM yang melibatkan aktiviti kesukarelawan.
- Membantu menyediakan kertas kerja dan dokumen berkaitan.
- Keupayaan membina dan menjaga hubunga baik dengan para agensi kerajaan dan swasta.
- Memastikan setiap program dan aktiviti yang dianjurkan menepati masa sasaran.
Kelayakan yang diperlukan :
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Kemahiran menggunakan perisian microsoft.
- Berpengalaman dalam menguruskan program.
- Berminat dalam kesukarelawanan.
- Kreatif dan inovatif.
- Proaktif dan pantas.
- Komited dan berdisiplin.
Faedah :
- Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
- Sijil program dan sijil penghargaan.
- Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
- Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
Bagaimana untuk memohon ?
Sila lengkapkan borang permohonan dengan klik “Apply Now” dibawah.
Kemudian sila emailkan ke salam@mvm.org.my sebelum 23 Februari 2017
Jika terpilih, anda akan dihubungi pada 24 Februari 2017 untuk menghadiri sesi interview nanti.
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia
*download borang yang disediakan menggunakan desktop
Leave a Reply
View Comments