Ketika orang-orang berpengaruh di dunia masih tidak berupaya melakukan apa-apa yang setara dengan kuasa mereka, orang-orang biasa muncul di jalanan. Mereka ke depan dengan berani, menjadi pemimpin, lalu menekan-nekan dunia di sekeliling mereka.
“Bebaskan Palestin!”. Satu suara melaung. Diikuti suara kedua, ketiga dan bertambah.
Semakin galak rejim Z membunuh, semakin ramai orang awam yang menempatkan diri di dalam barisan. Maju dari satu jalan ke satu jalan menghambur kemarahan.
Terkini menghampiri tahun kedua pembunuhan Gaza di depan mata, giliran kata-kata ini pula tular, “D*ath to the **F”, menjalarkan kebencian mendalam warga dunia yang semakin antipati terhadap pelampau rejim Z.
Merasa tidak cukup, orang-orang biasa dari seluruh dunia terus berusaha supaya dunia tidak menjadi seperti pemimpin yang buta.
Pada bulan Jun 2025 yang lalu, ribuan orang awam dari serata negara seperti Tunisia, Maghribi, Algeria termasuk Malaysia telah menggerakkan konvoi Soumud.
Inisiatif Global March to Gaza ini bertujuan merundingkan pembukaan laluan Rafah dengan pihak berkuasa Mesir dengan kerjasama NGO, diplomat serta institusi kemanusiaan.
Sebelum konvoi ini dimulakan, usaha melepaskan sekatan Israel ke atas Gaza telah dicuba oleh ahli pelayaran Madleen daripada Freedom Flotila. Kedua-duanya bernasib sama, dihalang secara paksa.
Dengan cubaan demi cubaan yang disekat seperti nasib Gaza, adakah orang-orang yang prihatin akan terus berdiam sahaja?
Tidak.
Kebangkitan akan terus berlaku dan gelombang berikutnya menunggu kita.
–
Regards;
Jie Suzilawati Abdullah
“Jadi baik, baik-baik & bersungguh”
Leave a Reply
View Comments