PELUANG SERTAI KAMI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
MVM menawarkan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini, melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Jawatan yang ditawarkan : SETIAUSAHA PRESIDEN MVM
Tempoh Kontrak : 6 bulan
Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah ioi Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Jumaat)
Tugasan Utama :
- Membantu pihak pentadbir mengurus dokumentasi Muslim Volunteer Malaysia
- Menguruskan jadual presiden MVM
- Menyediakan surat rasmi, minit mesyuarat & lain-lain yang berkaitan.
Kelayakan yang diperlukan :
- Berkemahiran dalam bidang computer (MS Word, Powerpoint dan Excel)
- Mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan orang luar tanpa mengira bangsa, budaya serta agama.
-
Mempunyai kenderaan sendiri.
-
Seorang yang pantas dan’multi-tasking’ sangat digalakkan.
- Mempunyai masa yang fleksibel
Faedah :
- Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
- Sijil program dan sijil penghargaan.
- Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
- Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
Bagaimana untuk memohon ?
Sila lengkapkan borang permohonan dengan klik “Apply Now” dibawah.
Tarikh tutup permohonan *12 Februari 2017/ahad
Jika terpilih, anda akan dihubungi pada *13 Februari 2017 untuk menghadiri sesi interview nanti.
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia / hubungi pejabat MVM 03-8074 0434 *hari bekerja sahaja
*Download borang yang disediakan menggunakan desktop dan kemudian emailkan borang berserta resume ke salam@mvm.org.my
Leave a Reply
View Comments