Sertai Kami – Media Content Executive & HR Assistant Diperlukan Segera

Sertai Kami – Media Content Executive & HR Assistant Diperlukan Segera.

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Muslim Volunteer Malaysia – MVM membuka peluang kerjaya kepada individu-individu yang berbakat, komited serta berminat untuk membina kerjaya dalam industri kesukarelawanan.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Media Content Executive
  • Human Resource Assistant

1) Media Content Executive :

Kriteria :

  • Mempunyai pengetahuan asas dalam pemasaran Internet dan copywriting
  • Minat dalam menghasilkan penulisan berbentuk story-telling atau pengiklanan
  • Berkemampuan memberi idea-idea konten dan pemasaran
  • Bonus – Mahir menggunakan platform wordpress, dan photoshop.

Skop Tugasan :

  • Bertanggungjawab membantu menguruskan hebahan MVM melalui Website, Facebook, Instagram,
  • Telegram, Twitter, SMS dan Email rasmi pertubuhan.
  • Mengemaskini Website, Instagram, Facebook, Telegram dan Twitter pertubuhan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
  •  Mengambil tindakan awal ke atas setiap maklumbalas yang ditinggalkan seperti komen, dan
    mesej yang diterima di media sosial pertubuhan.
  • Menulis laporan / artikel aktiviti untuk setiap program yang dianjurkan
  • Mengadakan Live Update untuk setiap program yang dijalankan
  • Menyediakan material untuk pembinaan konten bagi setiap program dan kempen.

2) Human Resource Assistant :

  • Pengalaman 1-2 tahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.
  • Mahir menggunakan Ms Office & Ms Excel
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam Akta Buruh
  • Diploma / Ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia atau bidang berkaitan.

Skop Tugasan HR Assistant :

  • Membantu dalam operasi harian serta fungsi dan tugas HR
  • Menyediakan sokongan dalam pentadbiran Bahagian Sumber Manusia
  • Menyusun dan mengemas kini rekod pekerja
  • Dokumentasi proses dan menyediakan laporan berkaitan dengan aktiviti kakitangan (kakitangan, pengambilan, latihan, aduan, penilaian prestasi dan lain-lain)
  • Membantu penyediaan gaji dengan menyediakan data yang relevan.
  • Membantu mengemas kini pangkalan data HR

Maklumat Lanjut : 

Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah IOI Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
Faedah :

  • Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
  • Sijil program dan sijil penghargaan.
  • Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
  • Kemudahan makan tengah hari setiap Isnin – Khamis

Bagaimana untuk memohon ?

Sila emailkan resume anda ke hr@mvm.org.my sebelum 16 Mac 2018
Jika terpilih, anda akan dihubungi untuk menghadiri sesi interview nanti.
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia