Futsal Raya Piala Amal MVM 2017 Menggegarkan Gelanggang KSL Sport Centre.

Futsal Raya Piala Amal MVM 2017 Menggegarkan Gelanggang KSL Sport Centre.

Tarikh : 8 Julai 2017
Lokasi : KSL Sport Centre, Puchong Utama
Penaja Minuman Rasmi : Milo Malaysia
Penaja Hadiah Wang Tunai : Tunjook Anggook
Team Medical : Pelajar Perubatan, UKM

Alhamdulillah, sebanyak 16 pasukan futsal telah menggegarkan gelanggang futsal KSL Sport Centre bagi program Futsal Raya Piala Amal MVM 2017. Perlawanan yang berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang itu cukup sengit dan mendebarkan sekali.

Lebih meriah lagi, perlawanan futsal ini mendapat tajaan minuman rasmi daripada Milo Malaysia. Selain itu, Jualan Amal MVM juga diadakan bagi mengumpul sedikit dana untuk program Jejak Mahabbah akan datang.

Tahniah kepada semua pemenang !

Berikut adalah senarai pemenang :

  • Juara – AMC United
  • Naib Juara – Inferno FT
  • Ketiga – Pacu FT
  • Keempat – Hikers Malaya 

Para pemenang juga telah membawa pulang hadiah seperti berikut :

  • Johan – Piala Pusingan + Hamper + Wang Tunai (RM 500)
  • Naib Johan – Piala + Hamper + Wang Tunai (RM 400)
  • Tempat ke-3 – Piala + Hamper + Wang Tunai (RM 300)
  • Tempat ke-4 – Hadiah Saguhati
  • Tempat ke-5 – Hadiah Saguhati

Terima kasih kepada semua penaja dan #VolunteerMVM yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah koleksi gambar program Futsal Raya Piala Amal MVM 2017 :

[foogallery id=”10357″]