Saat Kita Beraya Ambulans Yang MVM Sumbangkan Tengah Digunakan di Idlib Syria


Kepada anda yang baru mengikuti Muslim Volunteer Malaysia, untuk makluman pada 16 March 2017, MVM telah membuka peluang tajaan Bantuan Kilat RM 200,000 Untuk Pembelian Ambulans di Syria.
20 April 2017 seramai 6 orang wakil sukarelawan dari MVM telah berlepas ke UK hingga ke Bulgaria sempadan Turki untuk misi bantuan Unity Convoy dimana seramai 20 orang anak muda memandu lebih 3,200KM merentasi United Kingdom, Frace, Itali, Greece dan Bulgaria untuk memastikan amanah dan tanggungjawab yang rakyat Malaysia berikan sampai kepada hak yang memerlukan iaitu rakyat Syria.

Di hari syawal yang mulia ini saat kita beraya, Alhamdulilah Ambulans yang MVM sumbangkan tengah digunakan di Idlib Syria untuk menyelamatkan nyawa rakyat Syria di sana. Ambulans yang sudah dilengkapi dengan kelengkapan perubatan ini dikerahkan untuk menyelamatkan nyawa di sana.

Terima kasih kepada semua yang mengambil peluang menyumbang dalam membantu pembelian 2 buah ambulans untuk Syria ini. Alhamdulilah secara purata 1 ambulans boleh menyelamatkan purata 43 orang sebulan di Syria. Semoga pahala anda sentiasa mengalir selagi mana ambulans ini masih di gunakan untuk membantu sedara kita di Syria.