9 Soalan Anda Perlu Tahu Mengenai Peluang Pekerjaan di MVM
- Saya tiada pengalaman bekerja, boleh ke saya mohon pekerjaan di MVM ?
Ya, anda tidak semestinya mempunyai pengalaman bekerja untuk mohon posisi yang dibuka. Anda boleh nyatakan pengalaman anda di universiti, kolej atau apa sahaja pengalaman yang berkaitan dengan posisi tersebut.
- Adakah MVM menyediakan tempat tinggal untuk staff ?
Ya, buat masa ini rumah untuk staff wanita sahaja disediakan. Namun begitu, terdapat sewa bulanan minima yang perlu dibayar.
- Adakah MVM menyediakan pengangkutan untuk staff ?
Tidak.
- Bolehkah saya mohon untuk kerja secara separuh masa (part time) ?
Tidak. Hanya pekerjaan sepenuh masa sahaja dibuka.
- Di manakah sesi temuduga akan dijalankan ?
Di HQ Muslim Volunteer Malaysia, Puchong Selangor.
- Adakah saya boleh menghadiri temu duga secara “Walk-In” ?
Tidak. Kami akan menghubungi individu yang terpilih untuk menghadiri sesi temuduga nanti.
- Adakah saya akan diambil sebagai pekerja tetap selepas tamat kontrak 6 bulan ?
Anda berpeluang untuk menjadi pekerja tetap selepas tamat kontrak 6 bulan berdasarkan prestasi kerja, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan.
- Bagaimanakah caranya untuk saya mohon pekerjaan di MVM ?
- Anda boleh memohon untuk jawatan kosong terkini disini –> https://mvm.org.my/sertai-kami-muslim-volunteer-malaysia-2/8318
- Download borang permohonan.
- Hantar borang permohonan dan resume anda ke email salam@mvm.org.my
- Bagaimanakah untuk saya tahu jika permohonan saya berjaya atau tidak ?
Pihak MVM akan menghubungi individu yang terpilih untuk menghadiri sesi temuduga nanti.
*Untuk permohonan jawatan kosong terkini di MVM, boleh klik disini.
Leave a Reply
View Comments