30 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Untuk Bengkel Design Thinking & Pitching
Program ini adalah kolaborasi antara syarikat Netcarbon Sdn. Bhd. (Animasi Super Squad) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia & Yayasan Hasanah Khazanah Nasional.
Objektif utama program ini bertujuan melatih dan memberi panduan kepada guru-guru sekolah mengendalikan kelab/persatuan di sekolah, serta melibatkan pelajar sekolah dalam cara berfikir menyelesaikan masalah.
Untuk sukarelawan, program ini akan memberi pendedahan mengenai pengurusan acara, teknik berfikir Design Thinking iaitu berfikir di luar kotak dan terdapat hebahan rasmi program melalui media sosial penganjur.
MAKLUMAT PROGRAM:
Tempat : Indonesia Room, Malaysian Global Innovation & Creative Centre (MaGiC), Cyberjaya.
Tarikh : 6 September 2018
Skop tugasan : Sukarelawan MVM akan membantu dalam pengendalian program dan menjadi fasilitator kepada peserta.
Kelebihan kepada #VOLUNTEERMVM yang terlibat :
1) Makanan disediakan (sarapan pagi, tengah hari, dan minum petang)
2) Sijil disediakan
3) Token RM50 akan diberikan oleh penganjur
4) Penyediaan T-Shirt hitam berlogo program. (Sukarelawan wanita sila bawa inner jika perlu).
[googleapps domain=”docs” dir=”forms/d/e/1FAIpQLSdSuDVpFrdbOd14fNEEjCGaD20i7S_GvtEBbGntiRoVPF008Q/viewform” query=”embedded=true” width=”700″ height=”1300″ /]
Leave a Reply
View Comments