3 Sukarelawan MVM Berangkat Ke Kem Pelarian Syria

3 Sukarelawan MVM Berangkat Ke Kem Pelarian Syria

Setelah hampir 3 bulan menanti detik-detik yang penuh bermakna ini, hari ini 18 Mac 2017 (Sabtu), 3 sukarelawan MVM akan turun padang menghantar bantuan musim sejuk ke Kem Pelarian Syria di Jordan dan Lubnan. Mereka adalah Muhammad bin Jantan, Presiden Muslim Volunteer Malaysia, Khairul Zhafran dan Nurul Nadiah.

Pada bulan Januari yang lalu, MVM telah mengadakan kutipan dana kecemasan bagi menghantar bantuan kelengkapan musim sejuk ke Syria dan berjaya mengumpul dana sebanyak Rm100,000 dalam masa beberapa minggu sahaja. Boleh baca disini.
Namun begitu, terdapat beberapa konflik yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan misi menghantar bantuan tersebut terpaksa ditangguhkan pada satu masa yang akan ditetapkan.
Alhamdulillah, pada awal bulan ini pihak MVM telah dipanggil untuk turut sama menyertai dan menghantar bantuan kelengkapan musim sejuk ini di Kem Pelarian Syria di Jordan dan Lubnan.

Antara Barangan Bantuan Musim Sejuk :

  • Baju Sejuk
  • Selimut
  • Khemah
  • Bahan Pemanas
  • Kasut
  • Ubatan Kecemasan
  • Keperluan Wanita

Lokasi Kem Pelarian Syria di Jordan dan Lubnan

Antara lokasi kem pelarian di Jordan adalah seperti berikut :

  • Sekolah KITA
  • Sekolah TFTN (Teach For The Needs)
  • Kem Abu Abdullah

Lokasi kem pelarian di Lubnan :

  • Kem Pelarian Syria Lubnan

Kami mohon doa daripada anda dan seluruh rakyat Malaysia agar misi bantuan kali ini dipermudahkan Allah dan selamat daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Semoga Allah merahmati semua sukarelawan yang terlibat pada misi kali ini. Amin.

Tabung SYRIA “MVM Rayu Bantuan Kilat RM 200,000 Untuk Pembelian Ambulans di Syria.”


Terbaru, Presiden Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad bin Jantan sekali lagi telah menghadiri pembentangan Unity Convoy bagi menghantar bantuan ambulans dari UK ke Syria bersama Malaysia Lifeline for Syria (MLLFS), Tangisan Syria di Bumi Jordan, Majlis Belia Malaysia, One Moment for Them, Misi Medis Suriah (Indonesia), Alkhair Foundation (UK), Humanity Heroes dan MyCorps.
In sha Allah, Unity Convoy Malaysia dengan usahasama oleh Malaysia Life line for Syria, Muslim Volunteer Malaysia, dan Tangisan Syria di Bumi Jordan meletakkan target untuk menghantar 10 buah ambulans dan 2 buah daripadanya adalah sumbangan melalui Muslim Volunteer Malaysia sendiri.

Maklumat Ambulans Unity Convoy ke Syria :

  • Sasaran : RM 100,000 x 2 buah ambulans
  • Jumlah sasaran : RM 200,000
  • 1 tajaan : RM 50 untuk 1 bahagian
  • Tarikh kutipan dibuka : 18 Mac 2017
  • Tarikh kutipan ditutup : 3 April 2017

Untuk sumbangan & maklumat lanjut, boleh klik disini – https://mvm.org.my/mvm-rayu-bantuan-kilat-rm-200000

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini.
Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.
Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin