3 Sukarelawan MVM Akan Berangkat Ke Syria Untuk Misi Bantuan Ramadhan “Syria, Kami Datang.”
Ramadhan bulan penuh keampunan. Ampunkan kami Ya Allah, jika kami terlewat menghantar bantuan kapad saudara-saudara kami yang tertindas di Syria.
Alhamdulillah, setelah kejayaan 2 misi bantuan rakyat Syria sebelum ini, sekali lagi MVM dijemput untuk bekerjasama bersama badan NGO Malaysia Lifeline of Syria dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan bagi menghantar bantuan ke Syria dan kem pelarian Syria di Turki di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Malam ini 3 sukarelawan dari Muslim Volunteer Malaysia iaitu saudara Muhammad bin Jantan, saudara Azam Abdullah dan Hasif Mansor akan berlepas ke Turki dan seterusnya menghantar bantuan ke Syria.
Pada 25 Mei 2017 yang lalu, MVM telah melancarkan Tabung Bantuan Ramadhan, “Syria, Kami Datang” bagi mengutip dana sebanyak RM300,000.
Kutipan dana ini akan dibahagikan kepada 3 bantuan Utama iaitu untuk menghantar bantuan makanan berbuka puasa dan sahur kepada rakyat Syria di kem pelarian dan mereka yang masih terperangkap di negara Syria itu sendiri. Selain itu, dana ini juga adalah untuk pembinaan semula masjid di Syria.
Misi bantuan ini adalah kerjasama diantara Muslim Volunteer Malaysia, Tangisan Syria di Bumi Jordan dan Malaysia Life Line For Syria, membawa jumlah bantuan RM800,000 kepada pelarian Syria di Turki dan dalam wilayah bergolak itu.
Mohon doa anda semua agar misi bantuan ini berjalan dengan lancar dan segala proses penghantaran bantuan dipermudahkanNya.
Bagi maklumat perkembangan terkini mengenai misi bantuan ini, anda boleh ikuti di laman Facebook Muslim Volunteer Malaysia – MVM.
Leave a Reply
View Comments